Pemilik nama penuh Charmaine Chew Qi En ini merupakan ratu cantik Malaysia yang diminati ramai.
Memiliki wajah oriental menawan, Charmaine yang memegang gelaran Miss International Malaysia 2019 dan juga top 10 Miss Universe Malaysia 2018 bukan calang-calang orangnya.
Biarpun sibuk dengan aktiviti harian sebagai seorang peragawati dan tugasnya memegang gelaran sebagai Miss International Malaysia, pelajaran adalah satu perkara yang diletakkan sebagai keutamaan.
Baru-baru ini dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Charmaine yang berasal dari Alor Setar, Kedah telah memuat naik berita gembira yang dia sudahpun tamat pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda.
Mengambil jurusan komunikasi massa di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan dianugerahkan sebagai penerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam & Pengurusan Acara) dengan kepujian kelas pertama.
Ujarnya, “Saya telah secara rasminya tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama. Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana sentiasa menyokong pembelajaran saya dan dalam masa yang sama membenarkan saya mengejar cita-cita.”
Bukan sekadar aktif dalam dunia ratu cantik sebelum ini, Charmaine juga seorang speaker yang bagus. Buktinya, dia diundang untuk menjadi salah seorang speaker di TEDxYouth@SKIS. Ketika itu dia menyampaikan topik berkisarkan krisis kehidupan di usia muda.
Ads
Dengan pencapaian yang dikecapinya, jelas menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang ratu cantik, individu tersebut haruslah memiliki minda yang cerdas dan bukan hanya bersandarkan wajah semata-mata.
Satu fakta menarik tentang Charmaine, dia merupakan Miss International Malaysia yang memegang gelaran paling lama iaitu selama tiga tahun. Ini gara-gara pandemik dan menyebabkan pertandingan itu terpaksa ditunda. Akhirnya, pada awal bulan ini, dia sudahpun memahkotakan Miss International Malaysia yang baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia kala ini. Namun kini, ia bukan sahaja sebagai item wajib pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara namun juga dijadikan sebagai aksesori pelengkap fesyen.
Tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran. Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen. Haa, bila dah ada sentuhan designer yang membuatnya sudah tentulah harganya buat kita rasa tak masuk akal.
Bayangkan apa yang korang boleh buat dengan wang sebanyak AS$1.5 juta (RM$6.2 juta)? Boleh beli beberapa buah rumah ini di tengah bandar di Malaysia siap kereta mewah kan.
Tetapi bagi orang kaya, wang sejumlah itu hanya dibelanjakan untuk sehelai pelitup muka yang disaluti berlian dan emas sebagai perhiasan, sekali gus melindunginya daripada pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Majalah Bazaar dan Forbes baru-baru ini menyenaraikan lima gedung mewah menghasilkan pelitup dan perisai muka yang kini diketengahkan dalam kategori fesyen terbaru.
1. Pelitup muka rekaan Yvel.
Memang tak tercapai dek akal untuk orang biasa memilikinya.
Pelitup muka berharga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) yang ditempah oleh pembeli dari Shanghai China ini direka oleh Yvel dan diperbuat menggunakan 250 gram emas 18k karat dan dihiasi dengan 3,000 batu berlian yang menjadikan aksesori itu beratnya 210 karat. Pelitup muka ini juga mempunyai tahap penapisan udara (N99) dan dikatakan mampu memberi kepuasan tidak terhingga kepada pemakainya. Hebat bukan, sehebat harganya.
2. Pelitup muka belian oleh Jacob & C0.
Penulis terus rasa nak nyanyi lirik lagu Diamond, nyanyian Rihanna “shine bright like a diamond” bila tengok facemask ni.
Pelitup muka rekaan Jacob & Co. ini diperbuat daripada tempaan emas 18k dan dihiasi dengan 3,040 butiran belian potongan bulat yang berkilaun. Ia sangat sesuai untuk dipakai sebagai lapisan kedua yang sudah tentulah memberi jaminan perlindungan sepenuhnya.
Harganya dianggarkan AS$250,000 (RM1 juta) dan boleh dimiliki di Butik Jacob & Co, Dubai Mall.
3. Perisai atau visor LV
Gedung fesyen terkemuka yang popular dengan beg mewah Louis Vuitton (LV) tidak mahu kalah dengan penghasilan pelitup muka ini juga nampaknya. Kini muncul perisai muka yang dihasilkan oleh , Louis Vuitton (LV).
Perisai muka ini ditambah dalam koleksi pemakaian pelitup muka kerana ia memberi pelindungan menyeluruh. Lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 dalam bentuk baru dikatakan lebih `ganas` dan meragut nyawa dalam tempoh yang singkat saja.
Louis Vuitton tetap tidak lupakan `imejnya` bila menghasilkan produk terbarunya, LV dikrafkan dengan begitu berseni ukiran keemasan berwarna cokelat dan ditampikan dalam bentuk yang sangat ringan, sensitif dan perisai atau visor perlindungan terbaik mutu dan nilai.
Ia akan dilancarkan pada Oktober 2021 dan boleh diperolehi di semua buktik terpilih di seluruh dunia.
Harganya belum diumumkan dan dijangka tidak kurang daripada kadar yang dikenakan pada koleksi produk LV sebelum ini. Setaraf barangan perlindungan kesihatan termahal di dunia.
4. Black Crystal Mask oleh Christian Siriano.
Manakala bagi pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Christian Siriano pula, dia mahukan rekaannya sesuai untuk dikenakan dengan semua koleksi pakaian, mampu milik dan menjadikan wanita akan `tergila-gila` mahu memiliki pelitup muka hitam yang menawan ini.
Sebab barangan itu sudah tersenarai dalam Pelitup Muka Paling Mahal, Siriano menghasilkan pelitup dikenali Black Crystal Mask (Pelitup Kristal hitam), berkilauan dengan batu permata sebagai hiasan yang menjadikan pelengkap kepada koleksi pakaian mewah.
Pelitup muka itu dilaporkan dijual dengan harga AS$595 (RM2,456) yang boleh ditempah dalam talian di Christiansiriano.com. Kena cepat kerana koleksinya terhad.
Bagaimanapun disebabkan ia lebih kepada hiasan, pelanggannya digalakkan memakai pelitup muka pada lapisan pertama dan ada yang dijual bersekali dengan pelitup ini. Agak comel juga buatannya.
5. Pelitup muka daripada sutera asli.
Tengok warnanya pun kita dah tahu ini memang didesign untuk golongan bangsawan.
Pelitup muka pilihan gedung fesyen Bijan bukan dihiasi intan berlian atau emas permata. Sebaliknya butik yang berlokasi di Beverly Hills itu memilih untuk mengeluarkan pelitup muka yang dibuat daripada kain sutera asli yang dihasilkan di Itali.
Didatangkan dalam warna elegan hitam, putih mutiara dan sempena warna label jenamanya kuning, sentuhan Bijan dinamakan sebagai Pelitup Muka Sutera Asli, paling mewah di dunia kerana diperbuat daripada kain sutera asli dan disertakan dengan kotak penutupnya bersalut sutera jacquard. Kalau diri rasa bangsawan cepatlah tempah sebab pelitup ini pun dikeluarkan terhad.
Ia dalam harga lingkungan AS$480 (RM1,974.)
Hmm….memang tak masuk akal ye harga pelitup wajah buatan designer popular ni, tapi kalau diberi pilihan kan, penulis suka idea face shield dari LV tu. Apa-apapun yang penting bukannya cantik material ataupun nilainya, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask tersebut melindungi nyawa kita. Betul tak?
Terbaru, jaguh beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berada dalam kelas tersendiri selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland pada 13 Oktober lalu.
Menerusi perlawanan berlangsung sengit di Vantaan Energia Areena, pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.
Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Dalam pada itu, Sze Fei-Nur Izzuddin kekal meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.
Susulan itu, kemenangan tersebut membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan itu.
Terdahulu, gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Maskot bernama KiKaKo Kids secara rasminya diperkenalkan kepada umum baru-baru ini sebagai tarikan pelancong untuk Wetland Studios Putrajaya yang terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud sewaktu majlis pelancaran berkata, pihaknya berasa sangat teruja dengan pendekatan digunakan KRU Group selaku pemilik bersama untuk mempromosikan taman tema tersebut.
“Kami sangat teruja dengan pendekatan dibuat oleh KRU. Mereka bukan sahaja bagus membuat perancangan strategik, tetapi juga keupayaan dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi besar.
“Termasuklah jalinan penglibatan syarikat rakaman Universal Music, bagi mempromosikan taman bencah dan taman rekreasi kami dalam konteks yang lebih menyeluruh,” tuturnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim juga memaklumkan, taman berkonsep didik hibur tersebut akan menyajikan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi selain para pengunjung akan menempuhi satu pengalaman unik dan berbeza jika dibandingkan dengan taman-taman tema sedia ada.
“Mereka akan dibawa memasuki alam hibrid secara maya dan fizikal, tetapi pada masa sama dapat mendalami tentang sejarah bumi dan makhluk yang hidup di permukaannya.
“Terutamanya, taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan kepentingan air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok, bunga dan lain-lain,” ujarnya panjang.
Sementara itu menjelaskan serba sedikit tentang maskot taman tema tersebut, KiKaKo terdiri daripada tiga watak iaitu Kiki, Kaka dan Koko yang merupakan titisan air tinggal di awan.
Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi.
Lebih canggih, seperti mana penonton menyaksikan karya-karya milik KRU, taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.
Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20 peratus untuk pengunjung yang membuat pendaftaran awal dan boleh ditebus bermula 1 hingga 31 Mei 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...