
Bak kata pepatah nak seribu daya, tak hendak seibu dalih. Itulah perumpamaan yang dsesuai digambarkan kepada wanita berusia 94 tahun ini. Dikenali sebagai Grace Lee McLure Smith, dia menerima sijil diploma sekolah tinggi dari Sekolah Tinggi Hazel Green pada Rabu lalu.
Dengan musim graduasi yang semakin menghampiri ke penghujung, pihak pengurusan sekolah-sekolah bahagian Madison County mahu memberi penghormatan kepada wanita yang banyak berjasa kepada komuniti ini.
79 tahun lalu ketika berusia 16 tahun Grace terpaksa meninggalkan Sekolah Tinggi Hazel Green sebelum sempat menghabiskan pengajian kerana berkahwin dengan suaminya yang kemudian dihantar untuk menyertai perang dunia ke-2.
Walaupun tidak sempat menghabiskan pengajian di sini tepat pada waktunya, dia tidak berada jauh dari sistem pendidikan di Madison County. untuk 30 tahun selepas itu dia bekerja sebagai pemandu bas sekolah yang mengambil dan menghantar para pelajar Sekolah Tinggi Hazel Green dengan selamat.
Menurut cucunya yang kini merupakan seorang guru sekolah, “Nenek merupakan seorang yang dijadikan individu contoh dalam masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak dan dia selalu bercerita tentang perkara itu.”
Sumber: WHNT
Adakah Doa ‘Kebencian’ Untuk Pemimpin Zalim & Bongkak Dibenarkan Agama?

Isi Kandungan
Toggle
Situasi tegang yang terpaksa dilalui oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini ibarat menyaksikan bom jangka yang mampu meletup pada bila-bila masa.
Episod kekecewaan disusuli episod kedukaan terpaksa dilalui oleh rakyat. Kami punya kesabaran, kami punya keprihatinan. Kami tidak mengharapkan pelangi muncul tanpa hujan di siang hari. Kami tahu kemelut yang dilalui sekarang adalah ujian getir buat semua pihak dan semua orang wajib menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Akan tetapi, kami juga tidak bodoh untuk menganalisa sendiri kelemahan yang dipamerkan oleh sesetengah golongan pemimpin di negara kita.
Adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk sentiasa mengutamakan nasib dan hala tuju rakyat apabila keseluruhan penduduk sesebuah negara itu berdepan isu yang sama.
Ya, musim pandemik mungkin menggugat kestabolan emosi semua. Semua orang sekaran terdesak bagi memastikan kesejahteraan dan kelestarian nyawa diri sendiri dan ahli keluarga terjamin. Itu adalah refleks lumrah. Setiap kali kita diuji, maka terpamerlah keinginan survival sang manusia.
Begitupun, emosi juga adalah cerminan kepada realiti yang sedang rakyat hadapi. Jika tiada angin, masakan pokok mampu bergoyang. Jika tiada isu yang menyentuh nadi amarah rakyat Malaysia, masakan puluhan ribu rakyat mengutarakan ketidakpuas hatian mereka di media sosial pada setiap hari tanpa gagal sehingga tercetusnya tanda pagar – ironically – #KerajaanGagal.

Tambah mengecewakan apabila seorang pemimpin memandang sepi coretan kritikan dari rakyat di media sosial. Ibaratnya anjing menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh.
Tanpa kuasa dan kepentingan kepada pemimpin, kritikan rakyat jauh sekali akan mendatangkan apa-apa kesan.
Apa lagi yang perlu dilakukan oleh rakyat agar suara mereka didengari (dan diambil serius)?

*
*
Kita semakin kekurangan ruang outlet untuk mengadu melainkan kepada Tuhan.
Buat masyarakat beragama Islam, mereka percaya senjata terkuat apabila berdepan dengan golongan zalim adalah doa. Namun, adakah doa berbaur ‘luahan perasaan negatif’ terhadap para pemimpin ini dibenarkan?
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam Hadis Bukhari dan Muslim, maksudnya;
“Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding.” (1)
Tindakan untuk berdoa agar golongan yang menzalami orang lain ini dijauhkan daripada kita juga telah disebut melalui firman Allah SWT dalam surah al-Nisa, ayat 148 yang bermaksud:
“Allah tidak suka berterangan menyebut kejahatan melainkan daripada orang yang dizalimi..” (2)
Jelas Ibnu Abbas menurut Ibnu Kathir, ayat tersebut membawa maksud Allah tidak suka seseorang itu mendoakan keburukan ke atas sesiapa melainkan dia dizalimi. Doa tersebut adalah satu kelonggaran yang diberikanNya.
Al-Sa’di pula pernah berkata bahawa hukum orang yang dizalimi untuk mengadu perihalnya dan menyebut secara terang-terangan kejahatan orang zalim tanpa menambah pembohongan atau berlebih-lebihan mengatasi kadar kezaliman ke atas dirinya adalah harus. (3)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu adalah kanan semua orang-orang yang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.” (4)
Betapa mulianya pemimpin yang adil di sisiNya apabila mereka akan ditempatkan di kedudukan yang sangat dekat dengan Allah kelak di akhirat.
*
Akhir kata, penulis percaya rakyat tidak mengharapkan pun seorang pemimpin itu untuk sempurna dalam setiap tindak-tanduknya. Pemimpin juga adalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan.
Namun, kewibawaan seorang pemimpin itu haruslah setanding dengan posisi yang didudukinya itu. Sedangkan kerusi pun boleh terbalik, apatah lagi kedudukan seorang pemimpin yang goyah dek kerana tipisnya integriti.
The foreign correspondent from Phoenix TV China asked a good question about the concerns that there are many Covid-19 patients who are receiving treatment, and at the same time making sure that the victims from the train incident are safe as well. pic.twitter.com/xvqmySMxxV
— Norman Goh (@imnormgoh) May 25, 2021
Pandanglah sensitiviti 37 juta orang rakyat Malaysia yang semakin hari semakin menjauhkan diri daripada punya rasa hormat kepada kalian. Cerminkanlah semula pemilihan kata-kata, kajilah semula bahasa tubuh semasa berucap, perhaluslah strategi yang dicanang.
Mata dan telinga 37 juta orang ini sedang mengikut rapat tindakan kalian selepas ini. Usah celarukan lagi emosi rakyat yang mampu bangkit menentang jika gaya kepimpinan yang sama masih berterusan.
Coretan luahan ini hanyalah pendapat peribadi penulis mewakili suara anak muda. Ia tidak mewakili pendapat keseluruhan pasukan editorial Majalah Remaja.
Serik Pakai Produk Skincare, Ini 8 Tip ‘Acne Diet’ Untuk Kulit Jerawat

Zaman kini memang bersepah-sepah produk skincare yang boleh kita dapati di farmasi dan drug store berhampiran korang.
Selain itu, kita dapat lihat ramai yang sering berkongsi tip-tip dan produk yang dikatakan boleh membantu kulit muka agar lebih sihat dan cantik. Berbeza dengan yang lain, wanita yang dikenali sebagai Na, berkongsi bagaimana dia mengamalkan acne diet bagi menjaga kulit wajahnya.
“Try and error product skincare ni memang dah biasa. Especially jenis kulit sensitif macam aku. So aku tak nak dah try skincare pelik-pelik.
“Ini kali pertama cuba acne diet dan ia berkesan. Awesome gila! Terima kasih sebab rt, mungkin ini akan membantu orang-orang di luar sana,” tulisnya.
Selain tip diet, Na juga turut berkongsi rutin penjagaan kulit yang diamalkannya.
“Tambahan, ini rutin penjagaan saya, mudah je tapi padu!,” tulisnya.
Selain itu, korang juga boleh mengamalkan 7 tip pemakanan dibawah :
1. Minum Banyak Air Putih
Badan mempunyai 60% peratus air, jadi tidak hairanlah anda perlu minum air yang mencukupi untuk mengoptimumkan proses fizikal. Air adalah asas kulit yang sihat dan bersih, sebaiknya ambil 8 gelas setiap hari.
2. Elak Gula
Gula dari sumber tertentu, boleh memburukkan jerawat dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain terutamanya dalam karbohidrat atau manisan .Pastikan pengambilan gula harian anda dalam dua hingga empat hidangan fruktosa yang dicadangkan dalam buah.
3. Pantang Makanan Yang Diproses
Makanan yang diproses cenderung mengandungi lebih banyak gula, garam dan lemak. Sementara makanan yang anda sediakan dengan bahan-bahan segar di rumah cenderung lebih sihat kerana anda boleh mengawal apa yang anda masukkan.
4. Buah-Buahan Kaya Antioksidan
Seperti sayur-sayuran, lebih banyak antioksidan yang anda makan, lebih baik. Diet yang kaya dengan antioksidan boleh mengurangkan jerawat ringan dan sederhana. Cuba seleksi seperti strawberi, blueberi, blackberi, raspberi, ceri dan goji beri.
5. Hirup Secawan Teh Hijau
Cuba masukkan teh hijau yang kaya dengan polifenol ke dalam diet. Tahukah, Polifenol meningkatkan aliran darah dan oksigen ke kulit, memperbaiki keseluruhan penampilan, dan yang paling penting, kesihatan.
6. Jangan Lupa Sayuran Hijau
Lebih banyak sayuran yang korang ambil dalam masakan, lebih sihat kulit dan tubuh korang.
7. Coklat Gelap Paling Sihat
Coklat gelap adalah jenis coklat paling sihat yang anda boleh cuba. Ia agak rendah gula dan bergantung kepada jenisnya, mengandungi sedikit susu tanpa susu. Ia juga mengandungi zink, satu lagi nutrien baik untuk merawat pertumbuhan jerawat.
Walau bagaimanapun dinasihati mengambil coklat secara sederhana.
Inshaallah bila anda ikut acne diet ini secara teratur, perubahan pada kulit jelas kelihatan. Semoga acne diet anda berjalan dengan baik dan anda miliki disiplin yang kuat dalam menolak makanan yang tidak sihat.
Selamat Beramal!
Netizen Bimbang Dengan Keadaan Sky, Cadang Ridzokumura Bawa Anak Jumpa Pakar Psikiatri

Dilihat seperti murung selepas pemergian ibu tercinta, netizen menyarankan usahawan selebriti, Ridzuan Ridzokumura membawa anak tunggalnya, Sky bertemu pakar psikiatri.
Perkara tersebut diusulkan selepas melihat video dikongsikan lelaki terbabit yang menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu mengasingkan diri di dalam bilik dan baring dalam keadaan posisi menggulungkan badan.
“Cara Sky baring seperti posisi bayi dalam kandungan merupakan tanda amaran. Dia dalam keadaan tertekan serta kesakitan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Berdikari Seperti Ibu, Putera Tunggal Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Pengajian Ke Luar Negara
“Lebih baik sekiranya Sky dirujukkan kepada pakar psikologi atau psikiatri untuk pemeriksaan lanjut,” tulis netizen dalam video dikongsikan dalam TikTok
Sebelum itu, Ridzuan memuat naik hantaran berupa video persediaan menunggu waktu berbuka puasa bersama pekerja di premis perniagaannya.
Namun menyedari kelibat Sky tidak kelihatan, Ridzuan mencari puteranya hingga ke bilik belakang dan menemui puteranya terbaring di sofa.
“Sky ada di dalam,” ujar seorang kakitangan kedai bunga miliknya di Subang Jaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenali SYED SADDIQ, Alumni MTD & Pendebat Terbaik Asia!
Paparan video tersebut mencetuskan kebimbangan ramai terhadap emosi seorang anak yang kehilangan ibunya, Akiko Okumura.
“Cara dia peluk begitupun mesti dalam ketakutan. Sky perlukan pelukan ibunya,” kata seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, Akiko, meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu tanpa dinyatakan punca ketika itu.
Beberapa hari kemudian polis mengesahkan arwah adalah wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium seperti dilaporkan media sebelum itu.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Sekadar info, perkahwinan Ridzuan dan Akiko pada 2009 dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ridzokumura