Sumber Foto: Sinar Bestari

Susulan beberapa laporan kes buli melibatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sejak kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan berkata pihaknya akan mengambil beberapa langkah bagi membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian daripada berulang.

Bercakap kepada pemberita pada 7 November lalu, timbalannya YB Adly Zahari berkongsi beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan.

Ini termasuklah menambah lebih ramai warden yang menjaga penuntut agar kawalan keselamatan sesama mereka atau di antara penuntut dengan pihak lain dapat ditingkatkan.

“Di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden.

“Kita juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM. Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Ads

Tambah Timbalan Menteri Pertahanan itu lagi, sekiranya terdapat laporan polis yang dibuat melibatkan insiden buli di UPNM, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.

Sebagai info, dua insiden buli di UPNM telah dilaporkan pada rangka masa lebih kurang sama melibatkan penuntutnya, baru-baru ini.

Ads
Tambah Lebih Ramai Warden Di UPNM Untuk Pantau Pelajar & Kes Buli – Kementerian Pertahanan
Kredit Foto: Pexels.com (Cotton Bro)

Kes pertama melibatkan seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dicederakan oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

Semalam, kes kedua telahpun dilaporkan setelah seorang pelajar Tahun Satu UPNM mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang dan tulang rusuk akibat dipijak oleh seniornya di tepi padang kawad institusi tersebut.

Ads

BACA: Isu Buli: Pelatih Tahun Satu UPNM Pula Retak Tulang Akibat Dipijak Senior Tepi Padang Kawad – REMAJA

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI