Kesihatan

Tambah Pahala Di Pertengahan Bulan Islam, Ini Niat Puasa Ayyamul Bidh!

Share

Puasa hari putih dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah). Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun.

Bagi bulan November ini, puasa ini boleh dilakukan bermula esok iaitu 15 hingga 17 November ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Puasa

“Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,”

Istilah “Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,” merujuk kepada waktu ketika bulan purnama bersinar terang. Antara kelebihan Puasa Ayyamul Bidh adalah mendapat ganjaran pahala sepanjang tahun.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.”

(HR Abu Daud, hadis sahih)

NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

Kelebihan berpuasa menurut sains

Kajian yang dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California mendapati sistem ketahanan badan yang berpuasa berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.

Difahamkan juga risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser adalah lebih rendah kerana sistem imunisasi badan anda berada di tahap yang bagus berbanding biasa.

Jadi, jangan lupa untuk rebut peluang ini dan berpuasa pada 15,16 serta 17 November.

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana