Selalunya, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pemakai bersaiz sedikit gempal atau comel ini adalah berkenaan potongan pakaian yang kurang menarik untuk saiz badan mereka.
Malah, golongan ini sering kali rasa kurang yakin dengan penampilan diri mereka. Siapa kata wanita yang memiliki tubuh gempal tidak boleh bergaya?
ARTIKEL BERKAITAN : Perubahan Drastik Anak Gadis Saif Ali Khan, Ini Rahsia Dari Saiz XXL Ke S
TIP BERPAKAIAN UNTUK WANITA GEMPAL
Jangan bimbang. Terdapat cara yang mudah untuk anda bertubuh gempal kelihatan langsing. Berikut dikongsikan tip memilih pakaian yang sesuai untuk korang, yang berbadan gempal check it out okay!
PAKAIAN DENGAN MOTIF KECIL
Untuk kelihatan langsing, pilihlah pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata sekali gus mencipta siluet tubuh yang lebih kecil. Pakaian dengan motif besar membuatkan anda tubuh kelihatan lebih lebar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.
TONJOLKAN BAHAGIAN PINGGANG
Anda digalakkan untuk memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan daripada memakai skirt yang melebihi paras lutut agar kaki anda kelihatan lebih jinjang dan panjang.
PILIH PAKAIAN DENGAN SATU WARNA
Penggunaan pakaian dengan satu warna dapat membuatkan tubuh kelihatan lebih panjang dan langsing. Ia membuatkan pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona biru nila, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Elakkan daripada memakai pakaian yang berkilat.
SARUNG PAKAIAN BERCORAK VERTIKAL
Pakaian yang mempunyai corak dengan garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan ilusi langsing. Elakkan daripada memakai pakaian dengan motif horizontal kerana ia akan memberi kesan lebar pada tubuh anda.
PENGGUNAAN TALI PINGGANG
Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk anda tampak langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana ia mampu mempengaruhi biasan pada bentuk tubuh. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah anda pilih.
BACA LAGI : ‘Potong Gula’ Untuk Lebih Muda Remaja, Lelaki Ini Kongsi Tip Dari Saiz XXL Ke M!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.