Tampil 50 Model, Jalan Bukit Bintang KL Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLOOk Lazada

Share

Mencetuskan keceriaan Raya sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, jenama terkenal Lazada memeriahkan Segitiga Emas pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang dengan menjelmakan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor di landasan fesyen sepanjang 500 meter.

Ia menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen terkemuka tempatan dan dipersembahkan sebagai lookbook langsung, justeru memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang menuju ke arah pentas finale di CommonsKL @ BBPark sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama ekslusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.

BACA: Muslimah Girls Pun Boleh Tiru Fesyen K-pop Idols, Lihat 4 Cara Kami ‘Mix & Match’ Di Lazada Je!

Keseluruhan acara tersebut turut disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan juga bersiaran secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia. Ia turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home di sekitar Bukit Bintang, termasuk di papan tanda CuBIG dan The Cube @ Bukit Bintang.

Peragaan Fesyen Raya LazLook yang lain daripada yang lain ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan, khususnya kerana ia adalah antara kategori paling hangat yang menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula pada 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara.

Selain itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan. Fesyen Raya LazLook telah ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.

Fesyen Raya LazLook itu telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark. Strim langsung acara tersebut turut  menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath