Muncul dalam sebuah video kempen kosmetik dan kecantikan tempatan, pelakon berkaliber, Reen Rahim mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun dan ayu mengenakan hijab.
Menerusi beberapa hantaran klip video yang dimuat naik di entri Instagram, pelakon filem Syif Malam Raya dilihat mengenakan tudung berona merah hati ketika sesi fotografi untuk produk kecantikan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Reen Rahim yang dilihat cantik dan ayu mengenakan hijab.
Selain itu, ada juga pengikutnya yang menitipkan doa buat pelakon berusia 34 tahun itu agar terus kekal istiqamah dalam berhijab.
Ads
“Insya-Allah kak Reen, pelan-pelan istiqamah. Suka gelagat gelak kak,” komen seorang warganet.
Ads
Sekadar informasi, pada Disember lalu, Reen selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Hazim, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup antara ingatan yang lumpuh dan rindu membunuh.
“Di sebalik senyuman dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” luahnya menerusi entri Instagram miliknya.
Lontaran kata-kata penuh puitis dikongsikan itu turut membayangkan kesunyian dilalui apabila belum bertemu cinta sejati sebagai penawar luka.
Begitupun, pelakon naskhah hit Perempuan Itu juga tidak ketinggalan menzahirkan doa supaya mereka yang sedang melalui fasa kehilangan lekas segera bangkit.
“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada. Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang.
“Penderitaan manusia bermula ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segala-galanya.
“Terus-terusan refleksi diri daripada terus hanyut tanpa arah. Semoga hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” coretnya lagi.
Biarpun tidak menyebut mana-mana individu, ruangan komen dibanjiri andaian warganet yang mengaitkan luahan tersebut berkaitan cinta tidak kesampaian dengan aktor yang juga naib juara Hero Remaja 2011/12, Syafiq Kyle.
Menerusi ruangan yang sama juga dilihat rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat selain memintanya terus kuat menjalani kehidupan.
Terdahulu hubungan Mimi dan Syafiq itu berakhir seminggu sebelum tarikh mereka mendirikan rumah tangga yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.
Pengumuman pembatalan pernikahan dan resepsi itu pada saat akhir membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang masih tersimpan rapi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Scha Alyahya, nama yang tidak asing lagi daripada keluarga Dewi Remaja dan Hero Remaja.
Sejak bergelar juaran Dewi Remaja 2005/2006, Scha beralih peranan pula sebagai hos rancangan untuk edisi Hero Remaja 2017 dan Dewi Remaja 2018/2019.
Bermula edisi Dewi Remaja 2019 dan terkini, Hero Remaja 2020, Scha menggalas tugas yang lebih kritikal sebagai seorang mentor dan juri tetap di meja panel.
Sempena sambutan hari kelahirannya pada 30 Mei ini, kami ingin mengimbas semula setiap gaya Scha Alyahya dari episod pertama hingga episod ketujuh.
Episod 1
Episod ini sebenarnya dibahagikan kepada banyak slot memandangkan ia merupakan episod pengenalan musim terbaru pencarian Hero Remaja.
Nak perkenalkan hos lah, juri lah, finalis lah. Jadi Scha dilihat menukar gayanya beberapa kali bergantung kepada situasi dan lokasi.
Menariknya, Scha menunjukkan bagaimana cara untuk mempelbagaikan gaya dengan menggunakan top berwarna putih. Siapa kata baju T putih membosankan, huh?
Episod 2
Gaya head-to-toe daripada Marc Jacobs ini sebenarnya agak popular di kalangan selebriti Malaysia, rakan Scha iaitu Neelofa juga pernah memakainya.
FUN FACT, sebelum penggambaran dijalankan, Scha sebenarnya sudah bersedia dengan stail rambut sleek lurus. Namun setelah melihat stail rambut penata gaya untuk finalis Hero Remaja yang beralun, Scha terus inginkan stail yang sama.
Episod 3
Bertempat di Kem Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan, Scha mengingatkan kami kepada gaya outdoor chic yang selalu kita lihat di dalam filem Hollywood seperti Jumanji, dan National Treasure! Bersahaja saja gaya Scha ketika di lokasi luar dan korang juga boleh menirunya dengan mudah.
Episod 4
Siapa kata tidak boleh membawa beg tangan ke sesi penyingkiran Hero Remaja? Hehe.. Scha angggun menggayakan busana dan aksesori Fendi bersesuaian dengan tema pada minggu keempat ini iaitu cabaran lakonan.
Episod 5
Untuk cabaran entrepreneur pada pertengahan pertandingan ini, kesemua finalis, juri dan hos bersepakat untuk mengenakan konsep sut dan blazer and Scha did not disappoint.
Scha memilih sut labuh kelabu untuk dipadankan dengan hanya vest pada bahagian dalam bagi menitipkan nada kasual pada gayanya.
Penulis amat menyukai pemilihan warna bibir plum gelap sebagai kontras kepada warna monoton sut Scha.
Episod 6
Masih kekal dengan palet kelabu hitam, namun Scha menginjak ke gaya yang lebih berani pada minggu ini. She and her team took it to the next level dari segi suai padan bahagian top, skirt dan but daripada Miu Miu. Malah solekan dan stail rambut Scha juga amat on-point!
Episod 7
Sesi penyingkiran bagi episod separuh akhir ini sedikit berbeza daripada episod-episod sebelum ini di mana penggambaran perlu dijalankan dari kediaman para juri. Ini memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan telahpun dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada waktu itu.
Tema yang diberi adalah pakaian nasional seperti baju Melayu, baju Kurung dan Kebaya. Namun Scha – who continuously pushes the fashion envelope – memilih gaya abaya moden daripada H&M dan memadankannya dengan anting-anting dempak.
Siapa kata duduk rumah tak boleh jadi fashionable?
*
Jadi gaya Scha Alyahya yang mana satu paling kamu gemari?
Tak sabar pula untuk menantikan gaya Scha di pentas finale kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila bakal dikurniakan cahaya mata ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil dua bulan.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi yang kini berusia 65 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan kurniaan rezeki tersebut.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai. Walaupun ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Di sebalik kegembiraan tersebut, Jamal memberitahu, isteri kesayangannya itu kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan hamil yang teruk.
Sekadar makluman, Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima anak termasuklah yang terbaru dijangka akan dilahirkan pada awal tahun depan.
Untuk rekod, Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...