
Setelah sekian lama peminat menantikan kemunculan single terbaharu Lisa Blackpink, kini penyanyi berasal dari Thailand itu telah pun melancarkan video muziknya, ‘LALISA’ di YouTube kira-kira dua jam lalu.
Lisa sebelum ini mengaku bahawa dia ingin memasukkan unsur budaya Thailand ke dalam single solo terbaharunya. Tidak hanya itu, peminat juga dapat melihat busana dan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan dalam muzik videonya itu.

Selebriti popular ini tampil dengan membawakan koreografi bertenaga mengikut alunan muzik tempo yang catchy.
Baru sahaja dua jam dilancarkan, ‘LALISA’ telah mendapat 15 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) di YouTube dan turut menjadi trending di laman Twitter.




Apa yang boleh kami katakan, hasil karya daripada anggota kumpulan Blackpink ini tidak pernah gagal mencuri hati para pendengar dan pengikut mereka.
Amacam, korang onz tak dengan single terbaharu Lisa Blackpink ni?
https://www.youtube.com/watch?v=awkkyBH2zEo
Anak Lelaki Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia Ke Luar Negara

Baru-baru ini, pelakon lelaki terkenal Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya dengan memaklumkan bahawa anak lelakinya, Andika Rees menjadi wakil negara untuk pasukan hoki ais yang akan bertanding di Kyrgyzstan.
Menerusi video tersebut, Azhar turut menjelaskan isterinya ada membuat satu hantaran di media sosial untuk membantu masyarakat di Ukraine, tetapi anaknya pula dapat pergi ke Kyrgyzstan mewakili Malaysia untuk sukan hoki ais.
Pelakon ini sempat menitipkan pesan untuk anaknya supaya menjaga diri dengan baik, bermain betul-betul untuk Malaysia dan turut berseloroh dia tidak kisah sekiranya Andika Rees ingin berkahwin dengan orang sana.
Rata-rata warganet turut mengucapkan selamat maju jaya buat anak lelaki Azhar Sulaiman yang menjadi wakil Malaysia ke luar negara.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Andika Rees dan semoga pasukan mereka dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
9 Drama Korea Berkisar Tentang Sekolah Dan Cinta, Memang Evergreen!

Drama Korea yang berkaitan dengan tema sekolah dan cinta memang tak pernah gagal untuk tarik perhatian penonton dengan jalan cerita yang penuh emosi dan mendebarkan.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Kdrama Genre ‘HEALING’ Dan Rilek, Boleh Tonton Cuti Ini!
Nah, kalau korang cari sesuatu yang fresh dan seru, jangan lepaskan peluang untuk check out beberapa siri drama Korea yang terbaik dalam kategori ini. Dari thriller sampai komedi romantis, ada macam-macam cerita yang pasti buat korang terpaku, terutamanya cerita-cerita cinta masa remaja yang sering kali dekat dengan pengalaman kita semua.
1. The Heirs
Drama ini berkisar pada kisah Kim Tan, yang dilakonkan oleh Lee Min Ho, seorang pewaris empayar bilionair yang menjumpai seorang gadis dari kalangan biasa bernama Cha Eun Sang, dilakonkan oleh Park Shin Hye. Meskipun mereka datang dari latar belakang yang sangat berbeza, Kim Tan mendapati dirinya terpikat dengan Cha Eun Sang. Namun, perjalanan cinta mereka tidak mudah kerana mereka harus menghadapi pelbagai rintangan seperti jurang status sosial, pertelingkahan keluarga, serta adanya segitiga cinta yang melibatkan tunang Kim Tan.
2. Sassy Go Go atau Cheer Up!
Sinopsisnya berkisar pada kehidupan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menjadi anggota sorak. Mereka berusaha mengatasi tekanan akademik dan masalah peribadi sambil berusaha mencapai impian mereka untuk menjadi juara sorak nasional. “Sassy Go Go” bukan hanya drama Korea tentang cinta dan sekolah, tetapi juga mengisahkan tentang persahabatan, keyakinan diri, dan makna sebenar kerja berpasukan.
3. The Great Seducer
Drama ini menampilkan barisan pelakon muda seperti Woo Do Hwan, Joy Redvelvet, Moon Ga Young, dan Kim Min Jae, yang mengisahkan kehidupan sekelompok remaja kaya yang terlibat dalam permainan cinta dan intrik. Kwon Shi Hyun adalah tokoh utama dalam permainan ini, dengan tujuan untuk menawan hati seorang gadis baik, Eun Tae Hee. Namun, sepanjang drama, Shi Hyun mula mempertanyakan motifnya sendiri dan menemui makna cinta sejati.
4. Love Alarm
Berlatar di masa depan, drama ini berkisar pada sebuah aplikasi bernama Love Alarm yang memberitahu pengguna jika seseorang yang mereka sukai berada dalam jarak dekat. Cerita ini fokus pada tiga karakter utama, Kim Jo Jo, Hwang Sun Oh, dan Lee Hye Yeong, serta bagaimana aplikasi tersebut mempengaruhi hubungan dan perasaan mereka terhadap satu sama lain.
5. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
Cerita ini mengikuti kehidupan Kim Bok Joo, seorang atlet angkat berat yang berambisi untuk kuat dan berotot, serta teman-temannya di kampus olahraga. Sementara Bok Joo menjalani latihan keras untuk mencapai impian, dia juga menemukan cinta pada seorang dokter bedah yang menarik dan baik hati.
6. Dream High
“Dream High” adalah drama yang tidak boleh dilewatkan tentang sekolah dan cinta, yang tayang pada tahun 2010 dan dibintangi oleh selebriti ternama seperti Bae Suzy, IU, Kim Soo Hyun, Taecyeon, dan Jang Wooyoung. Kisahnya mengikuti perjalanan sekelompok pelajar di sekolah seni yang bermimpi menjadi bintang K-pop. Dengan latar belakang musik, drama ini menampilkan persaingan, impian, dan persahabatan di antara pelajar yang berusaha mencapai kejayaan dalam dunia hiburan yang kompetitif.
7. Playful Kiss
Drama ini menceritakan tentang Oh Ha Ni (dilakonkan oleh Jung So Min), seorang pelajar SMA yang jatuh cinta pada teman sekelasnya yang popular, Baek Seung Jo (dilakonkan oleh Kim Hyun Joong). Walaupun sering kali ditolak dan diabaikan oleh Seung Jo, Ha Ni tidak pernah menyerah terhadap perasaannya. Kisah ini mengikuti usaha Ha Ni dalam mengejar cinta Seung Jo dan bagaimana hubungan mereka berkembang dari permulaan yang kaku ke kedalaman emosional.
8. Reply 1988
“Reply 1988” adalah sebuah drama Korea yang merakamkan kehidupan harian keluarga dan rakan-rakan di sebuah kawasan kejiranan di Seoul pada tahun 1988. Drama ini menumpukan perhatian pada empat keluarga dengan anak-anak mereka yang bersahabat ketika zaman sekolah menengah pada tahun tersebut.
Lebih daripada sekadar kisah sekolah dan cinta, “Reply 1988” juga menggambarkan kedalaman karakter yang unik dan hubungan mesra antara anggota keluarga serta rakan-rakan, seraya menonjolkan nilai-nilai tradisional Korea dan mesej universal tentang cinta, persahabatan, dan perkembangan diri. Ini adalah sebuah drama yang dipenuhi dengan kehangatan, gelak tawa, dan air mata yang telah memikat hati ramai penonton.
9. Boys Over Flowers
Tidak lengkap rasanya jika tidak menyertakan “Boys Over Flowers” dalam senarai drama Korea tentang sekolah dan cinta. Drama ini merupakan siri hit yang mula ditayangkan pada tahun 2008.
“Boys Over Flowers” mengisahkan Geum Jan Di (diperankan oleh Goo Hye Sun), seorang gadis biasa yang menerima biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah swasta kelas atas yang diisi oleh anak-anak dari keluarga kaya raya. Di sekolah itu, dia bertemu dengan F4, kumpulan pemuda tampan dan berpengaruh yang mendominasi sekolah dengan sikap tiran mereka. Pertemuan Jan Di dengan F4, terutamanya dengan ketua mereka, Gu Jun Pyo (diperankan oleh Lee Min Ho), membawa kepada sebuah kisah cinta yang kompleks dan penuh drama.
Mana satu daripada senarai di atas yang menjadi kegemaran korang?
BACA LAGI : 7 Pesona Si Comel Kim Sejeong! Heroin KDrama ‘A Business Proposal’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Fakta Menarik Ini Akan Buat Fans Tak Sabar Nak Jumpa Ong Seong Wu Sabtu Ini!

Jika kamu peminat tegar Wanna One, pasti kamu tahu bahawa kumpulan yang lahir dari program realiti nyanyian itu telah berpecah sejurus selepas kontrak sementara mereka tamat pada awal tahun 2019 lalu. Grup lelaki yang terdiri daripada 12 orang ini, menjadi fenomena dalam industri kpop sebaris dengan EXO, Seventeen, BTS, yang mempunyai fandom yang luar biasa.
Salah seorang ahli Wanna One yang mempunyai perwatakan yang lucu Ong Seong Wu meraih perhatian Wannables (fandom Wanna One) saat pihak agensi mengumumkan bahawa Ong Seong Wu akan bergerak solo. Nak tahu juga, sifat Ong Seung Wu ni macam mana kan? Ini fakta menarik jejaka berwajah kacak yang bernama Ong Seong Wu.
01
Trainee di Fantagio selama 8 bulan
Seong Wu sebenarnya trainee di bawah agensi Fantagio selama 8 bulan sebelum menyertai pertandingan Producer 101 musim ke-2. Fantagio telah banyak melahirkan pelakon-pelakon bertaraf A di Korea Selatan, antaranya Goong Hyo Jin, Gong Yoo, Jung II Woo, Astro Cha Eun-woo dan ramai lagi.
02
Seorang yang kelakar
Hampir ke semua ahli Wanna One mempunyai bakat dalam berjenaka, namun Ong Seong Wu antara yang mendapat perhatian peminat-peminatnya. Lihat saja lagaknya ketika menghadiri program tv, pasti tak kering gusi. Sila kawal tawa kamu bila tonton video bawah ini. Hiks
03
Mempunyai nama keluarga yang unik!
Nama keluarga Ong menjadi tanda tanya kepada masyarakat Korea, kerana ia unik. Tak ada keluarga yang mempunyai nama Ong melainkan keluarga Seong Wu. Ini turut diakui oleh dirinya sendiri. Sebab itulah, setiap kali dia memperkenalkan diri, dia akan berjenaka mengenai namanya. Comel kan?
04
Pernah bekerja sebagai barista sebelum Wanna One
Sebelum jejaka kacak ini menjadi selebriti, dia pernah bekerja sebagai barista di kafe, dan model sambilan. Seong Wu yang berusia 24 tahun ini melalui hari-hari mencabar untuk bergelar anak seni.
05
Tempat ke-5 dalam program Produce 101
Pada musim ke 2 rancangan Produce 101, rancangan tersebut memilih pelatih lelaki daripada setiap agensi yang mengeluarkan Idol(grup kpop), mereka harus melalui sesi ujibakat terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sejurus selepas Ong Seong Wu masuk ke dalam ruang ujibakat, juri sudah terpesona dengan kekacakkan Seong Wu dan hasil daripada nyanyian dan bakat yang ditonjolkan, Seong Wu dapat melayakkan diri ke final sekaligus memenangi tempat ke-5 dengan jumlah undian 984,756.
Ini yang buatkan REMAJA tak sabar nak pergi ke fan meeting pertama Ong Seong Wu yang akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur, Sabtu 23 Mac ini. Ini merupakan pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang bermula di Bangkok, Malaysia dan diakhiri dengan Singapura.
Tiket telah pun mula dijual pada 16 Februari lalu dengan harga RM580, RM480, RM380 dan RM280.
Untuk tempahan tiket boleh layari https://airasiaredtix.com/ atau maklumat lanjut di Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th