Tampil Dengan Imej Baharu & ‘New Look’, Baskin-Robbins Mahu Belanja Korang 1 Quart Aiskrim Percuma!

Share

Siap sedia untuk kemeriahan warna-warni September ini!

Rangkaian kedai aiskrim istimewa terbesar di dunia, Baskin-Robbins Malaysia, mengumumkan penjenamaan semula dengan memperkenalkan logo baharu mereka untuk meraikan kegembiraan dalam setiap hidangan aiskrim.

ARTIKEL BERKAITAN: Unik, Aiskrim Perisa Indomie Siap Ada Taburan Bawang. Ada Berani Try Tak?

Daripada pembungkusan sehinggalah estetika visual secara keseluruhan di cawangan terpilih, para pencinta Baskin-Robbins Malaysia akan dapat menyaksikan wajah serba baharu mereka tidak lama lagi.

Warna ikonik biru dan merah jambu kekal dalam spektrum premium yang dinaik taraf bagi menonjolkan kepimpinan jenama tersebut dalam perisa-perisa berinovatif dan pengalaman yang mengujakan.

“Selama 35 tahun, aiskrim Baskin-Robbins telah mencipta memori yang membahagiakan rakyat. Meskipun kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada logo klasik Baskin-Robbins yang telah digunakan buat sekian lamanya, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan bukan sahaja identiti visual baharu, malah merasai pengalaman Baskin-Robbins Malaysia yang baharu.” ujar Cheah Jia Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Scoop Sdn. Bhd.

Bagi memeriahkan sambutan ini, Baskin-Robbins Malaysia menawarkan pelbagai promosi sambutan dan manisan sejuk beku yang direka khas bagi menggembirakan setiap peminat.

Promosi menarik “Beli 1 Klasik, Dapatkan 1 Quart Berwajah Baharu” bakal memulakan perjalanan sambutan ini dari 7 September 2023 sehingga 4 Oktober 2023.

Bagi membolehkan para peminat aiskrim untuk turut serta dalam sambutan ini dan mengucapkan selamat tinggal kepada logo lama, promosi Baskin-Robbins Malaysia yang hanya boleh didapati setiap hari minggu yang akan menyertakan satu quart “New Look” bagi setiap pembelian quart “Klasik”.

Baskin-Robbins “Mix ‘N Shake” yang dinanti-nantikan bakal memberikan para peminat milkshake peluang untuk bereksperimen, mencipta, dan merasai sendiri kombinasi perisa-perisa kegemaran mereka.

Satu lagi tarikan sambutan ini ialah pengenalan semula kek aiskrim yang lazat, Garden Love, yang menonjolkan gabungan dua perisa aiskrim yang cukup berbeza namun tergabung sempurna.

Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai perisa aiskrim Baskin-Robbins Malaysia, sambutan ini turut berlangsung pada bulan Oktober dengan Baskin-Robbins “Variety Pack” yang baharu.

Pek ini akan menawarkan para penggemar aiskrim seleksi empat, enam, lapan, dan dua belas perisa aiskrim yang berbeza dalam cawan bawa pulang yang dibungkus dengan cermat, menawarkan gabungan pilihan yang menarik untuk deria rasa semua tanpa mengira apa jua bentuk keraian. Wow, sangat lurve

promosi ini!

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

KREDIT FOTO: Baskin Robbins

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Adriana Syaurah