Tampil Dengan Selipar ‘Wallet-Friendly’, Netizen Teruja Dengan Iklan Ini

Share

Heboh satu Malaysia bercakap pasal selipar seminggu ini apabila terdapat sebuah jenama selipar berkolaborasi bersama seorang ternama dalam menghasilkan sebuah selipar. Selipar yang tampil dengan ciri ‘Muslim Friendly’

Bijak mengunakan isu ‘panas’, Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki. Terbaru, jenama kasut lejen ini mengeluarkan selipar Power slip-on

yang hadir dengan ciri ‘Wallet Friendly’.  Bagaikan memerli kolaborasi sebelum ini.

Lebih menarik perhatian netizen, admin Bata yang sangat friendly di Instagram antara yang membuatkan iklan daripada Bata ini tular sekaligus menjadi free marketing buat Bata. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan memuji idea iklan kreatif Bata ini.

Sumber : Instagram Bata
Sumber : Instagram Bata

Dijual dengan harga hanya RM39.99, selipar ini didatangkan dengan tapak yang lembut dan ringan. Korang jugak boleh memilih dua pilihan warna iaitu pink dan hitam. Selipar ini boleh didapatkan di seluruh rangkaian kedai Bata dan juga di Shopee dengan harga yang berbaloi. Bagus idea Bata ni serta menghiburkan hati para netizen.

Untuk info, jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura. Masa itu Singapura masih dalam Malaya. Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Sumber : Instagram Bata Malaysia, wikipedia

 

 

 

Published by
Nana