Tampil Imej Berbeza Dalam Cover Majalah Remaja, Cik B Terima Pujian Daripada Peminat

Share

Bukan biasa-biasa penangan Cik B ni, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen puteri kepada pengasas produk kosmetik popular, Dato’ Seri Vida.

Baru sahaja memuat naik gambar photoshoot cover majalah Remaja isu Oktober-Disember di laman instagramnya semalam, posting tersebut telah pun mendapat lebih daripada 2,000 komen dan 60 ribu tanda suka.

Ramai yang terkejut dengan penampilan Cik B kerana tampil dengan wajah bermekap. Ya la, selama ni korang tengok Cik B sempoi je kan? Malah, Cik B pun mengakui bahawa dia tidak suka bersolek walaupun sering disuruh oleh mamanya. Hiks!

Kami selaku team Remaja berterima kasih dan sangat berbesar hati apabila gadis berusia 14 tahun ini bersetuju untuk tampil sebagai penghias kulit majalah Remaja yang terbaru.

Penampilan sisi berbeza Cik B mendapat pujian daripada pengikutnya yang mana rata-rata daripada mereka terkejut dan memuji kecomelan gadis ini.

Bukan hanya peminat, malah golongan selebriti juga turut meninggalkan komen dan memuji penampilan berbeza Cik B.

Walaupun ada ‘cakap-cakap’ belakang yang tidak dapat menerima penampilan tersebut, namun masih ramai lagi yang melihat perubahan imej yang dilakukan semasa sesi photoshoot ini adalah sesuatu yang lain daripada yang lain.

BACA: “She Is Serving!” Netizen Pertahankan Solekan Cik B Di Cover Majalah Remaja

Ambil yang positif dan buang sahaja semua perkara negatif. Biasalah, masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza kan?

Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi, jangan lupa dapatkan majalah Remaja isu Oktober-Disember yang sudah pun berada di pasaran.

Published by
Noor Ain Norman