Semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat…

Pelakon, Ezaidi Aziz baru-baru ini selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz (30) meluahkan rasa syukur dan masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.

Memuat naik gambar majlis bersanding di Instagram, kedua mempelai yang manis itu dilihat bersepakat mengenakan busana putih klasik sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.

Ads

Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul

Berkongsi sedikit momen perkenalannya bersama isteri, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.

Ads

“Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta”

“Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih,” katanya.

Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul

Ads

“Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya dan saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.

Sementara itu, berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Jesnita dan Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI