Penampilan terbaru Zac Efron menjadi tumpuan netizen. Bintang ‘High School Musical’ dituduh menjalani pembedahan plastik.
Implan, pembedahan plastik dan buang lemak sudah menjadi perkara biasa buat bintang-bintang terkenal dunia. Maklum sahaja, dengan demand peminat yang harus dipenuhi, mereka perlu tampil menarik 24 jam tanpa gagal. Akhirnya, pembedahan plastik menjadi pilihan untuk memenuhi segala tuntutan kerja dan permintaan peminat.
Baru-baru ini, Zac Efron muncul dalam video pendek untuk mempromosikan projek ‘Earth Day Musical’ Bill Nye di Facebook Watch. Bersama beberapa selebriti lain, dia menyampaikan pesan bahawa masyarakat dunia harus lebih prihatin dan melindungi alam sekitar.
Daripada mesej positif mengenai alam sekitar, perhatian netizen lebih tertumpu pada wajah Zac Efron. Pelakon berusia 33 tahun itu disyaki menjalani pembedahan plastik atau prosedur kosmetik.
Memang nampak dengan jelas, netizen mendapati ada sesuatu yang berbeza dari wajah bekas kekasih Vanessa Hudgens ini. Terutama di kawasan rahang dan bibir. Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan perubahan antara lelaki terkacak dunia itu.
Sebelum ini, Zac Efron pernah didakwa melakukan pembedahan plastik tetapi beliau tidak mengaku membuat pembedahan untuk merubah wajahnya. Namun mengikut sumber, dia telah melakukan pembedahan kecil di bahagian hidung dan dagu.
Tapi, perubahan terbaru ini memang ‘real’ ye. Kalau tak ngaku juga tak tahu lah….tapi penulis suka Zac Efron yang dulu…huhuhu