Tak perlu diberi tahu lagi, orang Korea memang popular dengan treadmark kulit licin dan mulus bak kulit telur yang baru dikupas.
Membongkar rahsia kulit sihat tanpa cela orang Korea, rupanya mereka mengunakan masker yang di ambil dari letusan mineral atau tanah liat yang keluar dari kaki gunung berapi di Pulau Jeju.
Masker yang berasaskan tanah liat memang terbaik merawat liang pori dan pastinya terbaik untuk semua jenis kulit. Ini kerana, tanah liat mampu bertindak seperti haba yang membuka kesemua liang pori pada wajah untuk menarik keluar kotoran.
So, ini 5 pilihan masker berasaskan tanah liat yang menjadi pilihan penulis.
- Innisfree Volcanic Calming Pore Clay Mask
Terbaru, produk kelahiran Korea Selatan yang terkemuka Innisfree teruja untuk memperkenalkan produk Volcanic Pore yang sudah dinaik taraf dan boleh digunakan setiap hari.
Volcanic Calming Pore Clay Mask, innisfree ini adalah mask yang sempurna
untuk elak pembentukkan jerawat dan black head. Penjagaan pori setiap hari sangat penting kerana ia dapat menjaga kulit korang agar bersih dan menghalang liang pori dari tersumbat.
Ia juga mampu memperbaiki tekstur kulit kasar agar lebih halus dan mulus. Tanah liat dari Gunung Jeju ni juga mampu menyedut segala kotoran tersumbat dalam kulit manakala Sparkling Mineral Water yang mengandungi 19 jenis mineral dan asid karbonik mampu memberi kesan kelembapan kulit wajah. Paling menarik, produk ini berasaskan bahan organik tanah liat dan bebas kimia berbahaya.
Hanya 5 minit sehari korang boleh nampak kesan kulit licin. Tak percaya? Kena try okay!
Selain masker, Innisfree juga juga hadir dengan 3 produk baru penjagaan pori ini iaitu Volcanic Pore Mattifying Cream dan Super Volcanic Pore Cleansing Oil.
2. Peter Thomas Roth Therapeutic Sulfur Masque Acne treatment Masque
Bertindak seperti ubat-ubatan yang bagus untuk memulih dan membantutkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Ia mampu menghalang kulit kusam serta pembesaran liang pori. Dengan kombinasi 10% sulfur, kaolin dan tanah liat jenis bentonite, masker ini perlulah digunakan dua hingga tiga kali berselang hari dalam seminggu untuk keberkesanan optimum.Bukan sahaja boleh digunakan pada wajah semata, ia juga baik untuk disapu ke permukaan dada dan bahagian belakang tubuh. Sebaik kering, boleh dibilas seperti biasa.
Masker ini akan membersih hingga ke lapisan kulit paling dalam dan hasilnya kulit terasa segar seperti baru keluar daripada salon.
3. Laneige Mini Pore Water Clay Mask
Selain mengecutkan liang pori, ia boleh menarik keluar semua kotoran yang terperangkap dalam liang pori dan yang melekat atas permukaan kulit agar bebas daripada serangan jerawat serta-merta. Seperti yang kita semua tahu, Laneige juga merupakan produk terbaik yang banyak memanfaatkan lembapan, jadi tak perlu risau andai kulit anda kering. Masker ini tidak akan buat kulit kering bahkan akan menyalurkan lebih kelembapan biarpun dibuat dari sumber tanah liat.
4. Fresh Umbrian Clay Purifying Mask
Menariknya masker ini, ia juga boleh digunakan secara harian seperti sabun pembersih wajah. Bertindak mengawal penghasilan minyak wajah serta mampu membersihkan liang pori daripada kotoran degil seperti habuk, asap serta minyak yang bergabung menyesak pori sehingga menggalak kemunculan anasir jahat seperti jerawat dan keradangan kulit, ruam.
5. Kiehl’s Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque
Tidak bertindak kasar pada kulit, ia menggunakan formulasi paling mesra untuk merangsang proses pembersihan kulit yang menggunakan tanah liat sebagai ramuan utama. Jangan terkejut kalau kulit anda serta-merta jadi lembuut dan bersih sekaligus selepas menggunakan masker ini!
Selamat mencuba!