Inilah namanya mengambil kesempatan dalam kesulitan!
Ingin mencipta kelainan serta memupuk minat murid terhadap bidang pertanian menjadi faktor utama merealisasikan hasrat warga Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia membangunkan projek penanaman padi dalam kawasan sekolah itu.
Guru Besar SK Rapat Setia Nor Hizan Abd Jalil berkata projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai ECORISE SKSR itu tercetus sejak awal Jun tahun lepas melalui perbincangan bersama melibatkan semua guru.
“Pada asalnya, kawasan (keluasan 0.006 hektar) yang kami bangunkan dengan projek (padi) ini adalah kawasan berair dan agak terbiar.
“Ia sedikit sebanyak merunsingkan kami dan bagi memastikan ia dioptimumkan, makakami buat sedikit kajian tentang tanaman yang sesuai dengan kawasan berair.
“Kami dapati tanaman padi adalah antara yang sesuai. Kami sepakat dan buat kertas kerja untuk tarik perhatian pihak tertentu membantu sekolah untuk projek ini,” katanya menerusi temuduga bersama BERNAMA.
Terdahulu projek ECORICE SKRS yang merupakan modul dalam pelaksanaan program Kemahiran Melalui Rekabentuk (KMR) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak Datuk Mohamad Fauzi Mahson pada 16 Nov tahun lepas.
Ads
Ia juga merupakan projek penanaman padi dalam sekolah bandar yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Nor Hizan berkata inisiatif yang digerakkan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bersetuju untuk menjalinkan kerjasamabagi menjayakan projek tersebut.
Ads
Melalui jalinan tersebut, beliau berkata Perak SADC telah membiayai sepenuhnya projek berkenaan melalui pembekalan pelbagai kemudahan seperti kotak tanaman, benih padi,
khidmat nasihat dan sebagainya.
Mengulas lanjut berkenaan projek tersebut, Nor Hizan berkata 15 kotak tanaman padi disediakan di kawasan itu dan dijangkakan pengeluaran hasil mampu mencecah hingga 150 kilogram (kg) untuk pusingan pertama yang diramal memasuki fasa penuaian pada penghujung Mac ini.
“Untuk tuaian hasil pertama ini mungkin kami nak buat kenduri melibatkan semua warga sekolah. Kami nak semua merasainya.
“Untuk pusingan seterusnya, mungkin kami boleh jual kepada masyarakat setempat untuk jana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah,” katanya.
Kebiasaan kebun di sekolah terdiri daripada tanaman buah-buahan atau sayur-sayuran.
Selain itu, katanya kewujudan projek ini juga banyak memberi implikasi positif terutama dalam memupuk minat murid mendalami ilmu berkaitan bidang pertanian sejak dari awal.
“Ia bukan sekadar beri peluang kepada mereka (murid) melihat secara dekat proses penanaman padi.
“Sebaliknya, ia sebagai satu daripada cara untuk mereka meneroka ilmu baharu selain kemahiran bertanya dan mengumpul data serta menjana idea yang signifikan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...