Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai sebuah tanaman yang dikatakan mampu untuk menghilangkan habuk jika diletakkan di dalam ruang kediaman.
Snake Plant atau pun lebih dikenali sebagai pokok lidah jin katanya telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah.
Namun begitu, laman Facebook Public Health Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada tahun 1989, NASA telah menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.
Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.
Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?
Jawapannya TIDAK.
Dijelaskan bahawa penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M korang memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan.
Huh, maksudnya selama ni yang viral mengatakan snake plant ni boleh mengurangkan habuk dalam rumah tidak benarlah ya?
Kalau korang lihat ramai yang cuba ambil kesempatan untuk menjual tumbuhan tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, jangan terpedaya semata-mata nak hilangkan habuk di rumah, korang berhabis duit pula nak membeli snake plant ini pula.
Menanam tumbuhan di rumah memang bagus untuk mengurangkan stress dan memberi kesan positif pada mood individu dan tenaga, tapi ia adalah kurang berkesan bagi menapis habuk, memberi udara segar serta menapis bahan bertoksik.
Oleh tu, jangan terlampau taksub nak hilangkan habuk dengan menanam tumbuhan ini di rumah.
Sumber: Public Health Malaysia