Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri.

Jika di Filipina sebelum ini tular tentang keunikan modelnya yang bernama Julia Ostan  kerana miliki warna mata yang berbeza. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan pula menjadi perhatian dunia apabila dilahirkan dengan tanda lahir genetik jarang berlaku yang menyebabkan rambutnya tumbuh dengan dua warna berbeza.

Tanda Lahir Yang Unik, Kanak-Kanak Ini Miliki Dua Tona Warna Rambut

ARTIKEL BERKAITAN : Tular Model Cantik Warna Mata Sebelah Biru Sebelah Coklat. 7 Fakta Tentang Heterochromia

Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut. Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.

Meskipun tanda lahir merupakan sesuatu yang biasa dijumpai, namun bagi kes kanak-kanak ini ia bukan sesuatu yang normal. Jenny Hill yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu turut terkejut apabila melihat Bella dilahirkan dengan rambut separuh perang dan separuh lagi berwarna coklat.

Tanda Lahir Yang Unik, Kanak-Kanak Ini Miliki Dua Tona Warna Rambut

Ads

Sejak itu, Jenny mengakui bahawa keunikan Bella yang berusia 11 tahun itu mendapat banyak perhatian orang.

Pelajar sekolah itu turut mempunyai bulu mata yang berbeza warna dengan bulu mata kanan berwarna cerah manakala yang kiri adalah gelap.

Wanita berusia 35 tahun dari bandar Lincoln, Amerika Syarikat (AS) itu percaya bahawa perkara tersebut terjadi disebabkan oleh poliosis atau kekurangan melanin yang mengurangkan pigmen dalam tompok rambut.

Tanda Lahir Yang Unik, Kanak-Kanak Ini Miliki Dua Tona Warna Rambut

Ads

Tanda Lahir Yang Unik, Kanak-Kanak Ini Miliki Dua Tona Warna Rambut

“Ia benar-benar berbeza dan unik. Ibu saya menunjukkan Bella semasa saya melahirkannya, tetapi pada waktu itu saya terlalu sakit untuk menyedarinya.

Sebagai seorang ibu, ia lebih ketara kerana saya sering bersamanya. Semakin lama ianya semakin lebih menonjol setelah Bella sudah membesar,” jelas Jenny.

Ads

Pada musim panas, bahagian rambut berwarna lebih gelap akan menjadi lebih cerah. Rambut perang itu seakan diluntur tetapi dengan corak yang luar biasa.

BACA LAGI : 13 Ogos Hari Kidal Sedunia, Fakta & Kelebihan Orang Bertangan Kiri

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : (1)

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI