“Tanda Penghormatan Kecemerlangan Luar Biasa”, UPSI Tawar Jawatan Pensyarah & Biasiswa Buat Azizulhasni Awang

Share

Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi menjadi juara di hati rakyat Malaysia apabila berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di hari terakhir kejohanan Olimpik Tokyo 2020 .

Namun, belum sempat Azizulhasni balik ke Malaysia, beliau sudah diberikan penghargaan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara ini telah menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaannya mengharumkan nama negara di Olimpik Tokyo 2020.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan jawatan pensyarah kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Sukan Olimpik Tokyo mahupun Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu menerusi laluan pengalaman secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.

“Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhaani yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan berbasikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah menerima Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk. Alhamdulillah…rezeki bayi nombor tiga agaknya ni.

Wah best la pelajar UPSI kalau jaguh dunia ni berkhidmat di universiti tersebut.

Sumber: Bernama

Published by
Nana