Sejak usahawan bergelar jutawan, Elon Musk berjaya mengambil alih aplikasi media sosial Twitter dengan nilai USD44 Bilion, satu persatu nama-nama terkenal antarabangsa yang memiliki akaun Twitter sebelum ini bertindak untuk menutup akaun peribadi masing-masing.
Ada yang berpendapat ia sebagai tanda protes terhadap beberapa keputusan terbaru Elon terhadap penggunaan Twitter. Antaranya termasuklah mengecas penggunanya bagi meneruskan pemilikan akaun, memecat sebahagian besar pegawai dan pekerja di Twitter demi mengurangkan kos operasi.
Jenama-jenama ini juga khuatir dengan Twitter di bawah kepimpinan Elon yang memperkenalkan fungsi Twitter Blue. Ia mengecas USD7.99 setiap bulan kepada sesiapa yang ingin memiliki tanda biru ‘verified’ simbolik pada akaun mereka.
Implikasinya, warganet mencipta akaun palsu dengan menggunakan identiti akaun-akaun popular tersebut dan menciap sesuka hati. Biarpun sesetengah warganet berpendapat ia kelakar, akibat yang harus ditanggung oleh jenama terkenal disebabkan ciapan dan foto yang dimuat naik sewenang-wenangnya boleh merosakkan imej jenama tersebut.
Hasilnya, akaun Twitter terkenal termasuklah dalam kalangan selebriti dan jenama antarabangsa telah meninggalkan Twitter dalam tempoh seminggu ini.
Terbaru, Balenciaga yang mempunyai kira-kira 1 juta pengikut di Twitter menjadi jenama fesyen terkenal pertama yang memadam akaun Twitter tanpa memberikan sebarang kenyataan. Mungkin sekali Balenciaga risau dengan keterbukaan Twitter di bawah Elon yang membenarkan ucapan terbuka atau ‘free speech’ tanpa menghalang penyebaran berita palsu.
Getting ready for @BALENCIAGA pic.twitter.com/50pX10QvO0
— Kim Kardashian (@KimKardashian) March 6, 2022
Selain kes Balenciaga ini, beberapa syarikat lain telah menarik semula pembelian iklan daripada Twitter terdiri daripada United Airlines, Pfizer, Audi dan General Motors. Model terkenal Gigi Hadid pula telah menamatkan akaun Twitter Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.