







Berang Anak Dihina & Pakaian Disamakan Seperti Pelacur, Che Ta Buat Laporan Polis

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan tampil membuat laporan polis gara-gara ada individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap anak perempuannya, termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory, pelakon lebih mesra disapa Che Ta itu nekad untuk mencari si pelaku yang didakwa menghina puterinya, Aaisyah Dhia Rana.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaisyah Minta Che Ta Kejutkan Untuk Solat Tahajud Raih Perhatian -“4.30 Pagi Nak Bangun… Nanti Mummy Sembur Air Dekat Aaisyah”
“Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah.
“Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena,” katanya.
Walaupun akaun individu tersebut sudah pun tidak dapat dikesan lagi, Che Ta tetap akan berusaha menjejaki si pelaku tersebut sehingga dapat.
“Tiada masalah (akaun Instagram hilang). Aku akan cari sampai lubang cacing. Silap besarlah cari fasal dengan aku,” kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih, Sayang Mommy” -Elaun ‘Makeup’ Anak Dara Che Ta RM250 Seminggu
Menerusi entri yang sama, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang difahamkan untuk melaporkan isu sama.
Terdahulu, Che Ta menzahirkan rasa berang selepas seorang warganet didakwa telah menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.
Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk yang mengundang salah faham netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Rozita Che Wan
‘Copy-Paste’ Mak Bapa Dia, Shiloh Jolie-Pitt Makin Feminin Dan Cantik

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Jika sebelum ini, anak gadis Angelina Jolie dan Brad Pitt ini gemar memakai pakaian lelaki dan kelihatan ‘tomboy’. Namun, penampilan gadis berusia 15 ini di tayangan perdana ‘The Eternals’ mencuri tumpuan lensa.

Saling tak tumpah macam ibunya, Shiloh telah melalui perubahan gaya sejak akhir-akhir ini kerana dia mula memakai dress ketika mengikuti tayangan perdana filem ‘The Eternals’.
Kelihatan agak feminin daripada biasa, Shiloh Jolie-Pitt bersama-sama adik-beradiknya iaitu Zahara Jolie-Pitt, Vivienne Jolie-Pitt, Maddox Jolie-Pitt, dan Knox Jolie-Pitt dilihat menemani ibu mereka iaitu Angelina Jolie.
Gaya 1 – Shiloh mengenakan little black dress sesuai dengan usia remajanya dan dipadankan sneakers cetakan yang fun.

Gaya 2 – Shiloh menawan sekali menyarung dress rona nude yang lari daripada gaya ‘lelakinya’.

Gaya 3 – Gaun Angelina Jolie yang dipotong lebih pendek atas lutut versi Shiloh nampak lebih fun dan girly.

Sebelum ini, Angelina dalam wawancara pada 2011 memberitahu Shiloh mahu menjadi lelaki.
“Dia mahu menjadi lelaki. Jadi kami terpaksa memotong rambutnya. Dia suka memakai segala-galanya lelaki. Dia fikir dia salah seorang daripada saudara lelaki.”
Biasalah, zaman remaja lah kita mencari identiti diri. Betul tak? Tapi serius Shiloh ni cantik macam mak dia.
Ini 10 Youtuber Terkaya Dunia, Malaysia Masuk List Tak?

You Tube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google.
Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.
Jika di Malaysia, antara Youtuber yang terkenal ialah Mat Luthfi yang mempunyai jumlah pengikut seramai 448,252 subscribers dan jumlah tontonan sebanyak 41.2 juta menjadikan dirinya menduduki tangga ke lima Youtuber popular di Malaysia.
Jom semak, siapa Youtuber dunia yang menduduki 10 carta teratas dan berapa pendapatan yang mereka peroleh sebagai Youtuber?.Satu pertanyaan, Youtuber Malaysia masuk dalam list tak?
Forbes baru ini mengeluarkan senarai 10 Youtuber popular dunia dengan penghasilan pendapatan tertinggi dari 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018. Berikut 10 Youtuber terkaya dunia menurut versi Forbes mengikut nombor 1 hingga 10.
- Ryan ToyReview (USD22 juta) – Tak padan kecil tapi sudah ada pendapatan cukup tinggi. Ryan baru berusia 7 tahun namun sangat popular di seluruh dunia dengan review produk mainan. Bermula Mac 2015 di mana dirinya memberi ulasan, sehingga kini jumlah pengikutnya seramai 18 juta orang. Pendapatannya mencecah USD22 juta. Walau jumlah pengikutnya tidak sebegitu ramai namun pengaruhnya dalam industri permainan ternyata banyak membantu pendapatan keluarganya. Ryan ToyReview turut menjalin kerjsama eksklusif dengan Walmart bermula awal tahun ini.
- Jake Paul (USD21.5 juta) – Adik kepada Logan Paul ini semakin dikenali di dunia Youtuber. Paul kerap menghasilkan vlog harian dan video rapnya kepada lebih 18 juta pengikutnya setiap minggu. Seperti abangnya, Logan, Jake bermula dalam dunia sosial Vine (yang kini sudah tiada) dan berjaya mengumpul 5 juta pengikut dan 2 juta tontonan videonya dan sejak itu namanya terus popular.
- Dude Perfect (USD20 juta) – Jika Youtuber lain memilih isu-isu semasa dan hiburan, Dude Perfect pula fokus pada dunia olahraga yang menampilkan aksi luar biasa. Saluran ini dilakukan lima orang iaitu kembar Cory dan Coby Cooton, Garrett Hilbert, Cody Jones dan Tyler Toney yang kesemuanya penuntut di Texas A&M University. Popularnya mereka sehingga pernah dijemput di Good Morning America dan beberapa acara ESPN. Seiring popularnya mereka, Dude Perfect juga telah menghasilkan video dengan sejumah atlet professional termasuk Odell Beckham Jr, Drew Brees, Chris Paul dan Dale Earnhardt Jr.
- DanTDM (USD18.5 juta). Streamer video game berasal dari Australia, Daniel “DanTDM” Middleton adalah Youtuber yang menerima bayaran tertinggi tahun lalu dengan jumlah USD16.5 juta. Pendapatannya meroket, begitu juga penghasilan pakaian peribadi keluarannya. Middleton terkenal selepas melakukan streaming di permainan Minecraft dan baru-baru ini dilantik dalam Ralph Breaks The Internet Disney sebagai e-Boy.
- Jeffree Star (USD18 juta) – Sebelum terkenal di You Tube, Jefree Star telah terkenal di saluran MySpace sebelum dia beralih ke You Tube sejak 2014.Banyak penghasilannya mengenai kecantikan, tutorial dan vlog peribadi. Dia mempunyai 13 juta pelanggan dengan penghasilan 300 video.
- Markiplier (USD17.5 juta) – Mark Edward atau “Markkilpier” antara You Tuber popular lebih dari 5 tahun lalu. Dirinya sering berkolaborasi dengan You Tuber berpengaruh lain. Sebelum menjadi You Tuber, Markiplier belajar dalam bidang jurutera perubatan namun berlaku beberapa kejadian yang membuatnya berubah mengejar karier di You Tube. Pernah didiagnose ada ketumbuhan, putus dengan kekasihnya, diberhentikan kerja dan akhirnya dirinya memilih memulakan pendapatan melalui channel You Tube. Kini dia mempunyai 23 juta pengikut.
- VanoosGaming (USD17 juta) – VanoosGaming adalah saluran yang ditubuhkan oleh gamer berasal dari Kanada iaitu Evan Fong. Dalam videonya, Evan jarang memunculkan diri namun editingnya yang sangat menarik, berbentuk komedi dan karya seni yang asli menjadikan salurannya dikenali ramai. Untuk menambah pendapatan, dia mereka pakaian dan muzik yang diberi nama Rynx.
- Jacksepticeye (USD16 juta) – Streamer permainan video Irlandia, Sean “Jacksepticeye” McLouughlin adalah salah seorang You Tuber pertama yang menjadi sebahagian dari jaringan Revelmode yang ditaja oleh Disney dari PewDiePie sekaligus membuatkan dirinya mengumpul jumlah pengikut yang besar. Namun bila Disney membuang Revelmode, Mc Loughlin akhirnya beralih ke Disney XD, saluran tv yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan golongan remaja. Kerjayanya sebagai hos membawanya ke Eropah dan Amerika Utara sekaligus membuatkan meraih pendapatan USD16 juta.
- PewDiePie (USD 15.5 juta) – Sebelum ini Felix “PewDiePie” Kjellberg adalah Youtuber paling sukses di dunia. Namun skandalnya baru-baru ini yang menuduh pengikut video game sebagai rasisme dan anti- Semitisme telah membuatkan dirinya kehilangan tajaan pendapatan. Biarpun begitu, dia berjaya meningkatkan jumlah pendapatnnya kepada USD3.5 juta dollar. Masa yang sama PewDiePie masih memiliki pelanggan terbanyak dari setiap akaun tunggal di You Tube dengan lebih 92 juta langganan tetapi saluran You Tube yang memberi fokus kepada Bollywood T Series menjatuhkan pendapatnnya.
- Logan Paul (USD14.5 juta)– Vlogger Logan Paul antara You Tuber popular dan memberi pendapatan tertinggi empat tahun lalu. Namun ratingnya mula jatuh apabila dia menyiarkan mayat mangsa bunuh diri di Hutan Aokigahara, Jepun, lokasi terkenal bunuh diri mengakibatkan You Tube mengeluarkannya dari program Google Preferred yang mempengaruhi pendapatan iklanya. Namun salurannya terus mengumpul pengikut dan mendapat pendapatan dari dagangan peribadi dan penampilan selebriti. Sekalipun terpalit kontroversi di Jepun, tapi dia berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak USD2 juta dalam setahun.
Ternyata, You Tuber Malaysia belum berjaya mencapai tahap sebagaimana You Tuber di luar negara kerana hanya Namawee mempunyai jumlah pengikut 1.1 juta sekaligus meletakkan dirinya sebagai You Tuber popular di Malaysia.