Bestnya…
Bila sebut tentang Putrajaya, pasti terbayang dikepala kita tentang keunikan reka bentuk bangunannya, keindahan landskapnya turut menjadi tarikan utama yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Terkini, Putrajaya bakal mempunyai tarikan baharu iaitu “Tangga Putrajaya Steps” yang akan memberi nilai tambah sebagai destinasi pelancongan khususnya dalam aspek eko-pelancongan.
Diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa — pembinaan Tangga Putrajaya Steps adalah bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya.
Dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana — Tangga Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.
Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu di Dataran Putra untuk ke mercu tanda berkaitan dan ke Hotel Pulse Grande yang terletak di Taman Putra Perdana.
Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter, dimaklumkan “Tangga Putrajaya Steps” kini sudah 80% siap.
Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves.
Sumber: WilayahKu & Kredit Foto: Bernama