Tangkas Berhijab, Aifa Azman Sumbang Mata Kemenangan Untuk Skuad Skuasy Negara Raih Emas Sukan Asia Ke-19

Share

Detik cemas melanda skuad skuasy wanita negara apabila Rachel Arnold tewas 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11 kepada Tong Tsz Wing menjadikan keputusan 0-1 kepada pasukan lawan, Hong Kong yang merupakan juara ketika Sukan Asia ke-18.

Namun kekecewaan tersebut ditebus S Sivasangari apabila dia berjaya mengikat kembali keputusan 1-1 mengalahkan atlet Hongkong Ho Tze Lok dengan mata 11-5, 11-8, 11-6.

Mencipta detik bersejarah buat negara, Aifa Azman selaku pemain terakhir menjadi penentu pingat yang bakal dimenangi.

Mengheret perlawanan sehingga empat pusingan, Aifa menang pada dua pusingan pertama dengan mata 11-5, 11-8 menentang Chan Sin Yuk sebelum kalah pada pusingan tiga dengan 11-13.

Bangkit bertenaga, pemain skuasy berusia 21 tahun ini memperoleh semula rentaknya dengan menang pusingan empat dengan mata 11-8 sekaligus membantu skuad suaksy wanita Malaysia untuk menjulang kejuaraan.

Selain mereka bertiga, turut berada dalam pasukan skuasy wanita negara adalah Aifa Azman yang merupakan adik kepada Aira Azman.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen