Tanpa Kelibat Nabila Razali, Adakah Ini 6 Pengganti Terbaik Lagu ‘Peluang Kedua’?

Share

 

Malang sekali, keinginan peminat Nabila Razali untuk melihat penyanyi tersebut beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik hari Ahad ini tidak kesampaian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib yang mewakili pihak Universal Music Malaysia dan Nabila Razali Entertainment, keputusan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangkan ia melibatkan masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Tarik Diri, Tak Sertai Separuh Akhir Muzik-Muzik

Kami merasakan ramai saja yang faham dengan situasi yang dihadapi oleh Nabila Razali ini. Faktor kesihatan harus diutamakan walaupun peluang keemasan ini terpaksa digugurkan.

Kini, timbul persoalan popular siapakah yang akan menggantikan Nabila Razali?

Well, beberapa penyanyi tempatan pernah melakukan persembahan cover untuk Peluang Kedua. Ini adalah 6 nama yang kami rasakan mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

 

 

NEETA MANISHA

Kali pertama mendengar penyampaian Neeta untuk Peluang Kedua, kami terus tertarik dengan caranya yang effortless dan laidback. Sesuailah dengan mood lagu tersebut yang menceritakan kesedihan yang dialami oleh penyanyi.

 

SARAH SUHAIRI

Dalam banyak-banyak persembahan cover, kami merasakan intonasi suara dan ‘feel’ yang paling mirip dengan nyanyian Nabila Razali telah dilakukan oleh juara Big Stage musim pertama ini. Memang meremang bulu roma.

 

 

KHAI BAHAR

Kami tahu Khai mampu untuk mencecah not tinggi menerusi Peluang Kedua. Namun, dalam persembahan cover-nya, Khai bijak menunjukkan pengawalan vokal yang bersesuaian dengan mood Peluang Kedua. Harus diingat, kadang-kadang ada lagu yang tidak perlu ‘try hard’.

 

 

SHALMA ELIANA

Kalau nak diikutkan, bukankah lebih ‘afdhal’ jika penyanyi daripada syarikat label Universal Music Malaysia sendiri yang terpilih. Kenalah support ‘ahli keluarga’ sendiri. Walaupun masih baru, Shalma Eliana dilihat semakin baik mengawal pentas secara ‘live’ semasa persembahannya di ABPBH-33, minggu lalu.

 

 

SHILA AMZAH

Kalaulah kami yang perlu buat keputusan, kami berpendapat lebih ‘selamat’ untuk menyerahkan tugas itu kepada seseorang yang sudah mempunyai pengalaman luas di pentas Anugerah Juara Lagu seperti Shila Amzah. Setuju?

 

 

HAEL HUSAINI

Jika si penyanyi tidak dapat melakukan persembahan, mengapa tidak komposernya pula yang mengambil alih. Cover yang dimuat naik oleh Hael 7 bulan lalu sememangnya diminati ramai sehinggakan mencapai 3.5 juta tontonan di YouTube.

Published by
FZ