Menjadi-jadi pula kes rokok elektrik dan vape, isu ini menjadi hangat balik selepas susulan beberapa kes yang melibatkan remaja dan kalangan pelajar termasuk murid sekolah rendah hingga menimbulkan keresahan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru-guru.
Kerajaan mula membuka mata dan semakin memandang serius perkara berkaitan isu e-rokok. Buktinya baru-baru ini kerajaan mengeluarkan larangan penjualan kepada individu bawah 18 tahun .
Bukan itu sahaja, semua jenis produk rokok sama ada konvensional dan elektronik di negara ini menetapkan garis panduan sama iaitu dilarang keras dalam kalangan murid serta pelajar sekolah menunjukkan pihak kerajaan memandang serius usaha ini
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya menggubal perundangan baharu dan kini di peringkat penelitian Jabatan Peguam Negara dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
“Kita menyedari wujud kajian terkini yang menunjukkan kesan sampingan susulan penggunaan rokok elektronik dan vape, termasuk beberapa kematian yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).
“Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk meneliti semula keperluan dalam menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Beliau percaya dengan usaha ini kerajaan dapat membendung penjualan produk berkenaan dalam kalangan pelajar. Selain, mempertimbangkan langkah penguatkuasaan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Tambah beliau langkah mengenakan cukai terhadap penjualan vape di pasaran tidak wajar mengetepikan aspek kepentingan menangani isu kesihatan yang terbukti bakal merudum jika produk sedemikian terus dibiar berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar.
Pihak kerajaan memandang serius perkara ini demi memastikan kesihatan remaja dan rakyat Malaysia berada pada tahap optimum lebih-lebih lagi dari segi kesihatan kardiovaskular.
Remaja sokong tindakan kerajaan ni..!