Tanpa Kuarantin Wajib. MPN Beri ‘Hint’ Buka Sempadan Negara 1 Mac

Share

Satu perkembangan positif dan mungkin sedikit mengejutkan bagi ramai orang apabila Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagai memberi hint ‘green light’ sempadan negara bakal dibuka kepada pelawat antarabangsa bermula 1 Mac 2022 ini.

BACA LAGI : MPN Cadang Sempadan Negara Dibuka 1 Januari 2022, Ini 5 Sebabnya

Lagi menarik, ia tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa rakyat Malaysia dan antarabangsa mungkin sekali dibenarkan ke luar negara bagi tujuan melancong.

Bagaimanapun, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia.

Bagaimanapun, ada perkara yang akan diumumkan nanti seperti peraturan, saringan Covid-19, tak perlu kuarantin dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan taklimat oleh Khairy pada mesyuarat tersebut, sistem kesihatan awam masih mampu menguruskan kes Covid-19 berikutan banyak pengalaman sudah dilalui sebelum ini.

hmmm…apa pendapat korang?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana