Tanpa MET Gala 2020, #MetGalaChallenge Tunjuk Kreativiti Netizen Tiru Fesyen Selebriti

Share

 

Tarikh 4 Mei pada setiap tahun pasti diingati oleh pencinta fesyen seluruh dunia sebagai tarikh untuk acara MET Gala anjuran majalah fesyen, VOGUE dan muzium Metropolitan New York.

 

Malangnya pada tahun ini, MET Gala tidak dapat diacarakan oleh VOGUE disebabkan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Manhattan sendiri merupakan di antara bandaraya di Amerika Syarikat yang teruk terjejas dengan peningkatan jumlah kes.

Lalu keputusan untuk membatalkan MET Gala pada tahun ini disokong oleh semua pihak.

Namun, itu tidak bermakna VOGUE dan hos jemputannya, Billy Porter akan membiarkan 4 Mei berlalu begitu sahaja. Mereka telah mencipta #METGalaChallenge di media sosial untuk mengajak peminat fesyen mencipta gaya kegemaran masing-masing daripada sejarah penganjuran MET Gala dan memuat naik foto ke Instagram.

Wow, memang ramai yang kreatif!

 

LANA CONDOR (2019)

@noedresses menyukai gaya pelakon siri Netflix, To All The Boys I’ve Loved Before ini kerana dirinya sendiri yang mempunyai darah campuran Asia. Lana menyarung dress rekaan Giambattista Valli dan dia meniru gaya ini menggunakan plastik daripada perabot terbuang.

 

DIANE KRUGER (2018)

Pelakon Jerman, Diane Kruger memang tak asing lagi di karpet merah Hollywood, she is a freaking pro! Untuk look kali ini, @shannon_the_sloth menggunakan tuala, tuala tangan, pin dan tape untuk mencipta semula dress rekaan Prabal Gurung.

 

RIHANNA (2018)

Be prepared, akan ada satu lagi pakaian yang disarungkan oleh Rihanna dalam senarai ini. @nedfulmer sangat spot on dengan dress yang sarung Rihanna pada tahun 2018 bersempena tema ‘Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination’. Senang, hanya gunakan alumnium foil dan apa yang kelihatan sepeti backdrop parti hari jadi sebagai selendang.

 

ZENDAYA (2019)

OH MY PRINCESS! Sempena MET Gala pada tahun lalu, pelakon dan fesyenista, Zendaya telah memilih tema Cinderella yang bertukar dari gadis biasa kepada puteri jelita hasil jampian fairy godmother. Untuk challenge kali ini, @eugeneleeyang menepati tema dengan mencipta semula dress ini menggunakan, hhm, sarung bantal, langsir dan fairy lights. Betul tak?

 

EZRA MILLER (2019)

SAMA BAQ HANG.

Kehadiran Ezra Mille (The Fantastic Beast) di MET Gala pada tahun lepas telah mencetuskan aura berbeza di acara fesyen terkenal dunia ini. Dia telah membuktikan bahawa 1) Lelaki juga boleh dinobatkan sebagai best-dressed celebrity dan 2) Solekan pada wajah bukan semata-mata untuk menjadi flawless. @chicachique did such an amazing job dengan pakaian serba hitam putih, siap dengan solekan mata yang menepati gaya asal Ezra.

 

RIHANNA (2017)

The (Oriental) queen has landed.

@lcgarma dan @elciee membuktikan bahawa seseorang itu hanya perlu menjadi kreatif untuk cabaran ini. Dress dengan corak bunga, spot on. Kepingan fabrik (mungkin kertas) bulat berwarna merah, wow. Cuma penulis mengharapkan solekan yang lebih menepati gaya Rihanna untuk tema ‘Comme der Garcons’ ini.

 

JARED LETTO (2019)

*mindblown*

Selain Ezra Miller, Jared Leto juga merupakan di antara selebriti lelaki di Hollywood yang tidak gentar untuk berfesyen. Seperti d Met Gala 2018 ini, @van_kelsing cuba untuk mencipta semula look Gucci ala paderi ini dengan menggunakan dress mendiang moyangnya, rambut palsu dan perhiasan kristal daripada pohon krismas!

 

BLAKE LIVELY (2017)

Walaupun kebiasaannya, @nursekelly3 bertugas sebagai seorang jururawat dalam barisan hadapan di New York, itu tidak menghalangnya untuk mengambil masa lapang and just have fun with this challenge. Dia yang menyukai gaun Versace Blake Lively dari MET Gala 2017 ini mencipta semula look tersebut menggunakan gaun hospital yang tak sempat dipakai kerana telah terkoyak. Blake sendiri berkata ini adalah gaya kegemarannya!

 

LADY GAGA (2019)

MEGA!

Semasa Lady Gaga menjadi hos jemputan untuk acara MET Gala pada tahun lalu, dia tidak lepaskan peluang untuk menjadi selebriti pertama yang berjalan di karpet merah tersebut. Sambil membawa props dan sekumpulan model lelaki sebagai penolong, Gaga juga menyarungkan 4 pakaian berbeza! @crescentshay kills it dalam challenge ini dengan menggunakan cadar katil merah jambu dan bakul laundry.

 

JANELLE MONAE

Walaupun Lady Gaga dan Rihanna ialah selebriti kegemaran semua orang di MET Gala, namun penyanyi dan pelakon Janelle Monae merupakan fesyenista yang selalu memberikan momen fesyen menarik di karpet merah. Penulis berpendapat @seasunstefunny yang sememangnya berpengalaman dalam mencipta rekaan popular untuk anaknya menepati tema dengan gaya Janelle ini.

*

GAYA MANAKAH YANG PALING KORANG GEMARI?

Sementara itu, jom lihat gaya Zendaya pada tahun lepas.

 

 

Published by
FZ