Pelakon dan pengacara popular, Sean Lee meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercintanya yang juga model, Bay Doucet mencuri perhatian warganet.
Walaupun terpaksa menyambut hari lahir Doucet tanpa persiapan yang istimewa, namun pelakon drama hit Keluarga Pontimau itu menyifatkan dirinya tetap merasa bahagia dengan kehadiran isteri tersayang.
“Malangnya hari jadi isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini tapi di mana sahaja berada dengan awak semuanya lima bintang.
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Remaja Adrina Umum ‘Rehat’ 2 tahun Sebagai Pelakon-“Tamat Saja Latihan Siswazah, Saya Fokus Kembali Sebagai Anak Seni”
“Terima kasih sebab hadir dalam hidupku!” coretnya ringkas.
Menjadikan destinasi Raub, Pahang bagi menghabiskan waktu bersama-sama, antara aktiviti yang dilakukan adalah mengambil gambar di sekitar pekan tersebut selain menikmati durian dan ‘steamboat
’.Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut aktor berusia 30 tahun itu memberi pujian dengan cara pasangan itu meraikan ulang tahun kelahiran tanpa perlu bermewah-mewahan.
“Comelnya, simple but memorable,” komen seorang pengikut.
“Simple itu yang akan dingati oleh isteri. Isteri ini tak mengharap lebih dari suami, cukup dihargai pun dah bersyukur,” komen pengikut lain.
“Suka lah tengok mereka, simple sahaja tapi sweet and just perfect,” tulis lagi seorang peminatnya.
Terdahulu, Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Doucet di Instagram, sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Sean Lee