Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 26 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembinaan taman rekreasi bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Ampang. Namun begitu, perancangan ini masih dalam perancangan untuk diperhalusi butirannya.
Ads
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Ramai yang masih menganggap bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pembinaan taman rekreasi mahu pun tapak perumahan.
Ads
Reaksi positif
Ads
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.
Menerusi ciapan di akaun Twitter-nya, Menteri Belia & Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengesahkan bahawa dirinya telah bertemu pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia pada hari ini demi menjernihkan ‘drama’ yang tercetus di antara pemain tersebut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak beberapa hari yang lalu.
Turut ada dalam pertemuan tertutup itu ialah pemain perseorangan wanta, Goh Jin Wei.
Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu telah dilaporkan menghantar surat perletakan jawatan kepada BAM lalu meninggalkan persatuan tersebut setelah sekian lama bersama sejak usia 13 tahun. Dek kerana keputusan tersebut, BAM telah mengambil langkah berani Jumaat lalu untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Goh Jin Wei selama 2 tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.
Justeru kata Faizal dua hari lalu, beliau ingin menyelesaikan kemelut ini dan berharap ia tidak berlarutan. Tambahan pula, situasi rumit ini bukan saja telah menarik perhatian peminat badminton tempatan tetapi juga pemain badminton antarabangsa yang sepakat memberi sokongan kepada Zii Jia termasuklah pemain di ranking pertama dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Menerusi pertemuan selama sejam itu, Faizal dilaporkan telah mendengar luahan kedua-dua pemain cemerlang itu bagi memahami sebab utama di sebalik kisah mereka meninggalkan BAM.
“Saya mendengar sendiri pandangan beliau. Apa yang pasti, semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.
“Selagi kita semua bersatu-padu demi kepentingan negara, kita boleh maju ke hadapan,” catatnya.
Saya berpeluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia pada hari ini dan mendengar sendiri pandangan beliau, apa yang pasti semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh. pic.twitter.com/l2TGkyTteQ
Baru sebentar tadi, BAM mengesahkan mereka telah menerima surat rayuan rasmi daripada Lee Zii Jia dan akan mempertimbangkan rayuan tersebut demi menyelesaikan isu yang tercetus di antara kedua-dua belah pihak.
BAM turut memahami memahami implikasi tindakan mereka untuk tidak mendaftarkan pemain itu dalam mana-mana kejohanan badminton dunia selama dua tahun dan telah berdepan kemarahan rakyat.
Menerusi satu kenyataan, mereka berkata, “Atas kepentingan sukan badminton negara, kami mengambil berat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian.”
Status sama ada pemain Goh Jin Wei telah mengemukakan surat rayuan rasmi atau belum bagaimanapun masih tidak dapat disahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang rezeki yang tak disangka itu umpama rezeki berganda.
Inilah rezeki penduduk ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Mulai esok (16 November 2020), mana-mana individu atau keluarga yang terjejas dari segi ekonomi akibat COVID-19 boleh membuat permohonan zakat kecemasan secara atas talian.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta di mana zakat berjumlah RM500 akan diberikan sekali sebelum 31 Disember 2020 bagi membantu individu terjejas.
Menerusi Facebook rasmi MAIWP, pihak mereka memaklumkan akan mula membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan mulai esok sehingga 27 November 2020.
Bagi mereka yang pernah menerima bantuan zakat kecemasan pada bulan April lalu juga boleh kembali membuat permohonan kerana ia terbuka kepada sesiapa yang dirasakan layak.
Untuk pengetahuan, pada hari ini penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan bebas memacak khemah niaga tanpa diganggu kemungkinan disaman oleh Dewan Bandaraya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula hari ini sehingga 31 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan diadakan bagi membendung wabak Covid-19. Biar masih ada yang bersantai-santai dan tak pedulikan arahan tapi bukan semua rakyat Malaysia selfish. Ada yang prihatin dan mematuhi perintah larangan pergerakan di mana buktinya ibu kota Kuala Lumpur agak lengang dengan kenderaan hari ini.
Baru hari pertama, pasti kita terfikir saat rasa bosan menguasai diri. Tak tahu apa nak buat terutama bagi mereka yang biasa bekerja. Walau ada sesetengahnya bekerja dari rumah tapi rasa rindu berbual dengan kawan-kawan pasti ada.
Sekadar perkongsian, kalau rasa bosan masa kuarantin ini, ini boleh kita lakukan. Bacalah perkongsian bermanfaat ini terutama sekali bagi umat Islam. Inilah masa kita dekatkan diri dengan Allah. Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Lagipun kita tidak tahu umur sampai bila. Inilah masanya kita dekatkan diri pada Allah kerana sebelum ini sibuk dengan kerja.
Banyak perkara kita boleh buat semasa kuarantin ini..
Qadha puasa – jika ada lagi memandangkan Ramadhan lagi sebulan lebih untuk kita masuk.
Qadha solat – jika ada…especially zaman awal remaja yang masih sangkut-sangkut solat fardhu atau zmn jahiliyyah kita.
Baca quran – sebaiknya susun jadual spy dapat khatam 30 juzuk.
Tadabbur Quran – target surah yang panjang-panjang seperti Al Baqarah – barulah lazat dan meresap apabila membaca sebab tahu isi dan ceritanya. Jika Al Baqarah dah settle boleh pindah ke surah-surah lain yang utama seperti Al Kahfi, Al A’raf, Al Imran dan lain-lain. Tadabbur perlu ada bersama set Tafsir Quran, tidak cukup dengan Quran Terjemahan sahaja. Tafsir Al Azhar ke, Al Ihsan ke, Tafsir Ibnu Kathir ke. Pilihlah yang mana sesuai.
Nak test berjaya atau tidak tadabbur. Pasang bacaan quran. Boleh faham tak maksud dan ceritanya tanpa melihat Al Quran terjemahan.
Solat-solat sunat – kalau dulu tak biasa buat inilah masanya. Terutama yang dah capai umur 40 tetapi belum lekat lagi solat-solat sunat. Eloklah mula beramal. Amalkan set 12 rakaat sunat qabliyyah dan ba’diyyah berdasarkan hadis sahih Ummu Habibah yang mana Rasulullah kata sesiapa yang mengamalkannya setiap hari akan dibina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga.
Subuh: 2 rakaat sebelum (yang juga dikenali solat sunat fajar)
Zohor: 4 rakaat sebelum, 2 rakaat sesudah
Maghrib: 2 rakaat sesudah
Isya’: 2 rakaat sesudah
Amalkan solat sunat dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat
Bangun awal pagi. Terus ambil wudhu’ dan tunaikan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat witir. Banyakkan istighfar ketika menunggu masuknya waktu Subuh. Kemudian solat Subuh berjemaah bersama ahli keluarga
Amalkan zikrullah terutamanya kalimah tayyibah lailahaillah 100x, istighfar 100x, selawat atas nabi 100x, subhanallah wa bihamdihi 100x, subhanallahal azim 100x dll.
Ini bukan masanya untuk qadha tidur, qadha menonton cerita-cerita bersiri @ drama-drama bersiri, membuang masa bermain game dan lain-lain. Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan. Boleh berubah. Sesuai dengan kehendak Allah. Sekarang adalah masa mencari redha Allah. Masa bertaqarrub dan bermuhasabah.
Wallahu a’lam.
Writer: Unknown
Waqaf…boleh share jika rasa berfaedah.
Semoga Allah memberi pahala kepada penulisnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...