Tapak Highland Towers Bakal Jadi Taman Rekreasi, Ini Reaksi Netizen

Share

Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.

Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 26 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.

Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembinaan taman rekreasi bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Ampang. Namun begitu, perancangan ini masih dalam perancangan untuk diperhalusi butirannya.

Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.

Ramai yang masih menganggap bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pembinaan taman rekreasi mahu pun tapak perumahan.

Reaksi positif

Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.

Sumber: Harian Metro

Published by
Noor Ain Norman