Setiap cabaran dalam program Hero Dewi Remaja 2023, pastinya ada finalis yang akan menduduki kedudukan terendah.
Bagi episod 7, para juri sebulat suara memilih Hero Azri Safix dan Dewi Amira Rafik untuk menduduki bagi cabaran pada kali ini.
Menurut graduan dari Fakulti Teater ASWARA, Azri Safix, dia mendedahkan dirinya tidak menyangka diumumkan sebagai salah seorang yang menduduki tangga terendah, selepas membuat sehabis baik dalam cabara Acting Challenge itu.
“Bila saya diumumkan dalam bottom 4, saya sebenarnya sudah jangkakan kerana prestasi saya dan saya sudah tawakal.
“Tak tahu nak rasa apa sekarang, kerana tadi saya sudah rasa terlalu sedih. Tetapi Alhamdulillah, semua ke final. ‘Aku akan pergi final Hero Dewi Remaja 2023, wow!” katanya kepada Remaja.
Bagi Dewi berusia 23 tahun itu pula, dia bagaimanapun sudah mendapat agak namanya akan dipilih oleh para juri sebagai salah seorang yang menduduki kedudukan terendah bagi episod 7.
Namun, Amira sempat menzahirkan kesyukuran apabila dirinya layak untuk mara ke pentas akhir Hero Dewi Remaja yang berlangsung pada minggu hadapan.
“Masa nama saya dipanggil, saya memang dah boleh agak. Tetapi saya sangat terkejut apabila nama Azri turut dipanggil sekali sebagai bottom 4.
“Ia kerana, nama Azri tidak pernah lagi tersenarai di kedudukan yang terendah. Jadi, ini adalah pertama kali. Ya, sudah semestinya sedih tetapi lagi saya terkejut apabila semua berjaya pergi ke final,” jelasnya.
Selain Azri dan Amira, Hero Fitri Farok dan Dewi Adrina turut menerima nasih yang sama apabila nama mereka dipilih juri sebagai bottom 4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Budak Tebing 2 Temui Penonton Dua Minggu Lagi, Imran Aqil Muncul Sebagai..
Selepas meledak di carta tren pada tahun lalu sebagai sebuah karya drama yang mendapat tontonan tertinggi sepanjang tahun 2020, AKHIRNYA tarikh tayangan untuk sekuel Budak Tebing telah disahkan.
Bulan demi bulan, peminat setia menanti pengumuman berkenaan. Pada awalnya, Budak Tebing 2 katanya dijadualkan untuk tayangan bulan Ramadan seperti yang berlaku pada tahun lalu. Kemudian timbul pula spekulasi yang berkata ia sedia ditayangkan pada bulan Syawal..
Well guys, we can put all these speculations to rest.
Budak Tebing 2 bakal menemui skrin televisyen korang bermula 18 Jun ini, pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam.
Drama yang dibintangi oleh barisan pelakon muda lagi berbakat seperti Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Faris Esqandar dan Firdaus Ghufran ini khabarnya turut menampilkan beberapa lagi karakter baru bagi menambah warna dan dinamik pada jalan cerita sekuel ini.
Ini termasuklah finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil yang ketika dihubungi turut menzahirkan keterujaannya menantikan episod pertama Budak Tebing 2, dua minggu dari sekarang.
“Jujurnya, perasaan saya bercampur-baur sedikit. Teruja sudah pasti kerana kami telah lama menantikannya. Tapi sememangnya tekanan itu juga ada kerana expectation yang diletakkan oleh penonton tegar Budak Tebing bukanlah calang-calang.
“Musim pertama telah membuktikan karya di luar kotak seperti Budak Tebing punya tempat di hati peminat hiburan tempatan. Jadi bagi sekuel kali ini tentunya mereka mengharapkan sesuatu yang sama hebatnya.
“Kali ini, saya merupakan di antara watak baru yang diperkenalkan bagi menambah plot menarik Budak Tebing 2. Saya memegang watak seorang yang menghidap sejenis komplikasi mental yang dikenali sebagai kleptomania disorder. Watak ini mempunyai tabiat yang suka mencuri walaupun dia mampu membeli sesuatu barang,” jelas pemegang gelaran Hero Inspirasi 2020 ini.
Akui Imran, sepanjang musim pertama Budak Tebing, dia tidak terlalu mengikuti ‘hype’ yang dicetuskan drama Budak Tebing atas komitmen bertanding pada waktu itu untuk pencarian Hero Remaja 2020.
Biarpun begitu, Imran mengkaji semula esen drama tersebut dan berpendapat ia begitu diminati kerana pendekatan ‘tidak berlapik’ terhadap penonton remaja sepertinya.
“Tentunya, pengenalan watak-watak baru seperti yang dibawakan oleh saya kali ini akan dinilai oleh penonton. Masing-masing berperanan dan bukan sekadar tempelan sebagai penyedap jalan cerita. Jadi, saya pasti penonton Budak Tebing 2 akan terus mengikuti musim kedua ini kerana ia amat dekat dengan kisah masyarakat sekarang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Imran Aqil pernah membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta juga di slot Lestary di TV3 sebagai Hardy.
“Sentiasa Hormati Orang Sekeliling & Rendah Diri” -Pesanan Mimi Lana Buat Finalis Hero Dewi Remaja 2023
Mengenali figura si tinggi lampai ini, sememangnya sama sekali tidak mengenali erti penat lelah untuk mengukir nama dalam industri seni.
Mimi Lana, pelakon anggun dan berbakat besar ini yang juga terkenal dengan watak air mata, setiap lakonan yang diberikan pasti dilunaskan dengan sempurna.
Tidak hairanlah, dari hari ke hari pelakon ini acap kali menjadi perhatian pengarah tempatan dan mendapat tempat di hati para penonton dengan lakonan yang ditampilkan di layar skrin.
BACA LAGI: “Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana
Bagaikan berbakti semula di tempat lahirnya seorang ‘Mimi Lana’ sebagai anak seni, terbaharu bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu diberi peluang sebagai juri jemputan bagi episod ketujuh Hero Dewi Remaja 2023 iaitu cabaran lakonan.
Berkata kepada Remaja, Mimi menyifatkan kesemua finalis memiliki masa depan yang sangat cerah dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya, mereka semua ada masa depan yang sangat cerah. Bukan sahaja datang dengan ‘look’, tetapi mereka datang sekali dengan bakat.
“Paling penting mereka semua ada kesungguhan dan tahu apa yang mereka lakukan dalam program ini. Saya berharap mereka akan terus fokus kerana ini baru sahaja permulaan dan jangan berputus asa.
“Hero Remaja ini bukan semata-mata untuk lakonan sahaja, jadi jika tidak dapat nak teruskan dalam bidang lakonan, ada banyak lagi bidang lain di luar sana. Jadi, pilihlah dengan baik apa yang anda mahu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama hit Perempuan Itu turut menitipkan pesanan kasih sayang buat peserta yang berjaya ke pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 sebelum melangkah ke dunia seni yang sebenar.
“Kita semua bermula daripada bawah, jadi kelemahan itu akan diperbaiki apabila mereka fokus, disiplin dan kesungguhan dalam industri ini.
“Seperti yang saya katakan, program ini adalah satu permulaan. Kita memang mula daripada kosong tetapi apa yang paling penting adalah pengetahuan dan tahu apa yang anda nak dalam industri ini.
“Bukan untuk kejar glamor semata-mata, kerana tanggungjawab anda sebagai seorang pelakon adalah lebih daripada itu. Buatlah perkara yang betul dan ke jalan yang betul.
Sempat mengimbas kembali momen di saat dirinya berada di pentas Dewi Remaja, aktres berusia 28 tahun ini mengakui bakat baharu yang berada dalam Hero Dewi ini lebih baik daripada batch yang terdahulu, selain berbangga dengan prestasi mereka.
“Kalau saya boleh imbas semula semula, batch mereka ini adalah lebih baik daripada kami yang dulu. Mungkin mereka sudah tahu platform Hero Dewi Remaja ini untuk apa, jadi mereka sudah lakukan persediaan. Saya sangat berbangga dengan mereka.
“Perkara itu kita tidak boleh elakkan, tetapi finalis dalam ini perlu buktikanlah yang anda berada di sini untuk apa.
“Ambil juga peluang untuk belajar dengan senior yang ada dalam industri ini, itu adalah penting juga. Sentiasa hormat orang sekeliling dan rendah diri,” tuturnya lagi.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan pada Jumaat hadapan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana
Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017
Isi Kandungan
ToggleKetika REMAJA pertama kali bertemu dengan Aiman Zaim semasa sesi ujibakat Hero Remaja 2017 (HR2017), tiada langsung petanda yang mengatakan dirinya pernah bergelar ‘comel’. Dengan ketinggian sekitar 182cm, Aiman pada waktu itu nyata mempunyai aura untuk digilap menjadi pelapis industri seni.
Hanya selepas penulis mula mengenali kesemua finalis program HR2017 dengan lebih dekat, barulah seorang demi seorang membuka cerita mengenai diri masing-masing.
Dan Aiman Zaim juga tidak terkecuali.
Ketika dia berkata berat badannya pernah mencecah sehingga 115 kilogram, seriously I thought he was merely joking. Tapi itulah kenyataannya.
HR2017: Aiman Zaim ketika sesi audition dan semasa cover shoot majalah REMAJA isu Julai 2017. Nampak tak perubahan?
“Saya pernah menjadi seberat itu sekitar 4 tahun yang lalu. Memang ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berat badan tersebut. Antaranya adalah penyakit asma yang mula dihadapi oleh saya ketika berumur 11 tahun,” kongsi Aiman kepada penulis.
Pada usia semuda itu, Aiman terpaksa ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana tahap penyakit asma yang dihadapi agak kritikal. Akibat hanya terperuk di dalam wad, Aiman memenuhi masanya dengan selera makan yang tinggi. Ditambah pula dengan pengaruh ubat yang diambil, Aiman tak merasakan dirinya perlu bergerak aktif.
“Setelah perkara tersebut menjadi rutin harian saya selama tiga bulan, walaupun selepas sembuh, saya seakan sudah sebatikan diri untuk makan jika mempunyai masa lapang. Tanpa disedari, berat badan semakin bertambah sehinggalah 115 kilogram ketika berusia 16 tahun,” tambahnya lagi.
“Kau Ni Tak Serupa Manusia”
Masalah berat badan dan kes buli memang tak dapat berenggang. Di mana ada individu yang berbadan besar, pasti dirinya menjadi sasaran mudah budak-budak nakal di sekolah.
Aiman mengalami situasi itu ketika dia melangkah masuk ke Tingkatan Satu. Pelbagai tohmahan singgah ke telinga. Ada yang menghalau Aiman daripada bermain bersama ketika sesi Pendidikan Jasmani. Ada juga yang lebih celupar dengan statement seperti “Kau ni tak serupa manusia”.
Lebih menyedihkan apabila penulis mendapat tahu, budak perempuan yang mencemuh Aiman sedemikian. Guys, seriously. Don’t you have better things to do?!
“Pengalaman saya bertukar sekolah selama tiga kali dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima banyak mengajar saya untuk lebih memilih kawan. Kadangkala apabila kawan rapat tiada, saya lebih mudah untuk tak bercakap dan mengasingkan diri kerana takut dijadikan objek buli.
“Saya rasakan orang berbadan besar seperti saya saja yang boleh memahami rasa rendah diri yang saya alami itu,” kata Aiman.
Perubahan Sihat Dan Mendadak, Aiman Ingin Ubah Diri Atas Faktor Kesihatan
Penulis banyak mendengar sebelum ini akan kes orang berbadan besar yang menceburi diet ekstrem untuk mengubah penampilan bentuk badan. Sah-sahlah cara yang mereka gunakan itu tidak sihat, malah membahayakan lagi kesihatan dan stamina diri sendiri.
Namun, Aiman ingin melakukannya dengan cara yang betul.
“Saya terbuka hati untuk menurunkan berat badan ketika bercuti selama tiga bulan selepas habis sekolah. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, saya mulakan rejim turun berat badan bersama abang saya.
“Saya hentikan pengambilan jajan, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan karbohidrat. Sebaliknya, saya gantikan dengan daging, sayur dan makanan kategorikan clean diet.”
Walaupun susah untuk saya bersenam dengan berat badan 110 kilogram, saya gigihkan juga untuk workout pada waktu pagi dan malam setiap hari. Tak sampai sejam pun untuk setiap sesi tetapi asalkan saya tak curi tulang, semakin hari semakin jelaslah hasilnya,” kata Aiman.
Tamat tempoh tiga bulan, sudah tiba masa untuk Aiman mengambil sijil keputusan SPM. Perubahan mendadak sehingga turun 35 kilogram bukan hanya membuatkan cikgunya terkejut, malah menutup mulut budak-budak sekolah yang pernah membulinya dahulu!
“Itu cerita tiga tahun lepas. Sekarang, saya sedang berusaha untuk mencapai berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Kalau ada yang nak sama-sama turunkan berat badan, jomlah! Ada kawan baru semangat sikit hehe.”
Jangan Jadi Mangsa Buli, Ini 3 Pesanan Aiman Zaim
“Saya bukanlah pakar untuk mangsa buli pun. Saya juga pernah terkesan dengan kata-kata cacian pembuli. Tapi kalau korang menghadapi masalah tersebut, ada tiga perkara yang boleh saya cadangkan” ;
- Jangan simpan masalah tersebut kepada diri sendiri. Walaupun malu dengan masalah tersebut, korang perlu ceritakan kepada sesiapa yang boleh membantu dan dipercayai.
- Walaupun sibuk ingin kuruskan badan, jangan sesekali obses melakukannya sehingga perkara lain terabai. Ingat, untuk menjadi sihat bukan hanya melibatkan tubuh badan tetapi juga mental dan spiritual yang cerdas.
- Kurangkan kuantiti makanan tidak sihat yang korang ambil. Walaupun korang kurus tetapi makanan tak sihat sebenarnya boleh melemahkan daya konsentrasi minda dan ketahanan badan. Kalau korang tak boleh pertahankan diri, macam mana nak elakkan diri jadi mangsa buli?
Betul tu! Jangan lupa, follow Aiman Zaim untuk melihat update terbarunya. Ini baru Hero!