Di sebalik kemodenan teknologi masa kini, mungkin ramai kurang sedar atau sikap prihatin, malu dan sensitif manusia makin ‘terhakis’?
BACA LAGI : Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA
Baru-baru ini, tular video konten prank menarik tudung yang dipakai oleh wanita. Malah, youtuber tersebut juga menerima kecaman hebat daripada orang ramai dan netizen.
Sekiranya anda menonton video tersebut, YouTuber berkenaan menarik tudung orang awam secara senyap dan kemudiannya menjelaskan kepada mereka bahawa dia hanya buat konten untuk saluran YouTube miliknya.
Lelaki itu juga dipercayai telah berkata bahawa dia akan menghulurkan sesuatu di belakang kamera untuk menebus perbuatannya dan turut mengaku bahawa tidak kisah menerima kecaman daripada orang ramai atas tindakannya.
YouTuber itu turut menjelaskan menerusi video terbaharunya bahawa prank.tersebut hanyalah konten dan eksperimen sosial. Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang dengan konten YouTuber tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata warganet juga berpendapat bahawa apa yang dilakukan YouTuber itu sebagai satu tindakan gangguan dan ia tidak sewajarnya berlaku.
Orang ramai turut berasa bengang dengan tindakan lelaki terbabit dengan melabelkan ia sebagai satu perbuatan yang biadab. Pada pendapat anda, adakah tindakan menarik tudung orang lain untuk tujuan konten merupakan satu tindakan yang biadab atau sebaliknya?
Walaubagaimanapun, tinjauan penulis mendapati akaun Youtube ini telahpun ditutup yang tidak dapat diakses.
Aduhh. Itulah guys, dah banyak kali REMAJA ulang kongsi nasihat yang sama. Walaupun hati berkobar-kobar ingin mengejar populariti, jumlah tontonan dan bertujuan menghiburkan orang ramai menerusi kandungan tular, ketahuilah adab dalam berkarya dan berlaku bijaklah semasa merancang kandungan.
ARTIKEL BERKAITAN : Jadilah ‘Influencer’ Yang Bertanggungjawab, Bukan Sekadar Pengulas Iklan Berbayar – REMAJA
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.