Maskot bernama KiKaKo Kids secara rasminya diperkenalkan kepada umum baru-baru ini sebagai tarikan pelancong untuk Wetland Studios Putrajaya yang terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud sewaktu majlis pelancaran berkata, pihaknya berasa sangat teruja dengan pendekatan digunakan KRU Group selaku pemilik bersama untuk mempromosikan taman tema tersebut.
“Kami sangat teruja dengan pendekatan dibuat oleh KRU. Mereka bukan sahaja bagus membuat perancangan strategik, tetapi juga keupayaan dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi besar.
“Termasuklah jalinan penglibatan syarikat rakaman Universal Music, bagi mempromosikan taman bencah dan taman rekreasi kami dalam konteks yang lebih menyeluruh,” tuturnya.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim juga memaklumkan, taman berkonsep didik hibur tersebut akan menyajikan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi selain para pengunjung akan menempuhi satu pengalaman unik dan berbeza jika dibandingkan dengan taman-taman tema sedia ada.
“Mereka akan dibawa memasuki alam hibrid secara maya dan fizikal, tetapi pada masa sama dapat mendalami tentang sejarah bumi dan makhluk yang hidup di permukaannya.
Ads
“Terutamanya, taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan kepentingan air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok, bunga dan lain-lain,” ujarnya panjang.
Sementara itu menjelaskan serba sedikit tentang maskot taman tema tersebut, KiKaKo terdiri daripada tiga watak iaitu Kiki, Kaka dan Koko yang merupakan titisan air tinggal di awan.
Ads
Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi.
Lebih canggih, seperti mana penonton menyaksikan karya-karya milik KRU, taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.
Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20 peratus untuk pengunjung yang membuat pendaftaran awal dan boleh ditebus bermula 1 hingga 31 Mei 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pulau Langkawi merupakan lokasi peranginan terkenal masyarakat Malaysia mahu pun pelancong luar negara sewaktu wujudnya virus COVID-19. Sebut sahaja Langkawi pasti ramai teringatkan kereta kabel iaitu salah satu tarikan yang ada di pulau lagenda itu.
Bagi mereka yang tidak tahu, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati keindahan Gunung Machinchang dengan menaiki kereta kabel, malah menerusi program ‘One Night @ 708m Machincang Mountain’ mereka boleh berkhemah di South Platform, satu daripada dua platform yang terletak di puncak gunung.
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mazuin Noordin, wanita ini telah memberikan sedikit informasi berkenaan dengan aktiviti berkhemah di Sky Cab Langkawi.
Menurutnya, pakej ini hanya RM150 seorang dan ia merangkumi perkara-perkara berikut:
Cable car return (masa naik turun tak perlu tunggu nak beratur)
Skyglide return
Dinner dan breakfast
Khemah disediakan
Night walk ke sky bridge
Tapi kalau nak berkhemah di sini perlu pergi secara kumpulan dengan jumlah 20 orang ke atas dan yang paling menarik, korang boleh layan view malam di sky bridge serta melihat matahari terbenam dan terbit.
Ha, apa lagi guys, jom pakat ramai-ramai kita berkhemah di puncah Sky Cab Langkawi ni. Mesti sejuk tak ingat kan kalau waktu malam. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebalum ini cara mudah pantas untuk renew atau memperbaharui lesen memandu ialah di pejabat pos hanya perlu bawa kad pengenalan dan Lesen Memandu je.
Tapi ambil perhatian ya, mulai hari ini 23 Februari Perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) di pejabat Pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara sehingga 31 Mac 2021.
Lesen memandu dan insurans kenderaan berjalan seperti biasa
Pengumuman Poslaju Malaysia ini turut memaklumkan bahawa urusan pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih beroperasi seperti biasa.
“Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0.”
Susulan itu, pemegang lesen dibenarkan memandu kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah sepanjang tempoh berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan, layari AskPos di www.pos.com.my atau melalui halaman utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia. So take note okay, nanti buat penah je pergi Pos Laju tapi tak boleh renew roadtax korang tu!
Seperti yang dilaporkan saban hari di media massa mahupun di media sosial, cabaran yang dihadapi oleh para pelajar sekolah sepanjang musim pandemik COVID-19 ini sememangnya ketara.
Bukan mudah untuk mereka belajar dari rumah, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang bersiap sedia untuk berdepan peperiksaan utama.
Meskipun begitu, dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya hari ini boleh berbangga apabila mereka meraih keputusan membanggakan ‘straight A’s’ untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang mereka duduki pada tahun 2020!
Yashodini A/P Andy Easwaren dan Jun Rain Lim De Jin masing-masing memperolehi kepujian tertinggi dan merupakan di antara 16 orang pelajar sekolah swasta terbabit yang memperolehi A dalam semua subjek.
Kongsi Yoshidini mengenai kemampuannya mendpaatkan keputusan cemerlang di kala Malaysia dilanda pandemik tahun lalu, “Saya selalu cuba untuk mengekalkan keputusan cemerlang dalam pendidikan sepanjang berada di sekolah, namun tahun lalu adalah cukup mencabar.
“Pengalaman belajar dari rumah adalah baru untuk saya dan ia tidak mudah. Saya gembira untuk masih kekalkan pencapaian dan membanggakan keluarga serta sekolah saya.”
YASHODINI ANDY EASWAREN VASUDEVAN.
Untuk pengetahuan, Yashodini sebelum ini telah membawa pulang lebih 35 anugerah sepanjang pembelajarannya di Beaconhouse Sri Inai International School termasuklah anugerah emas di The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2019 dan anugerah emas di East Asia Maths Ninja Challenge 2019.
Buat Jun Rain pula, dia berterima kasih di atas sokongan keluarga dan tenaga pengajarnya. “Saya tidak sabar untuk fasa seterusnya dalam hidup saya dan berharap keputusan ini akan memberi saya peluang untuk masa depan yang cerah.”
JUN RAIN LIM DE JIN.
Pada tahun lalu saja, lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan Cambridge IGSCE ini termasuklah di Malaysia.
Dengan keputusan cemerlang ini, Yashodini dan Jun Rain kini berpeluang untuk dianugerahkan dengan pencapaian 2021 Outstanding Cambridge Learners Awards yang bakal diumumkan pada bulan Mac ini.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...