Tarikh Akhir Pengeposan Sempena Aidilfitri Melalui Pos Laju & Mel Pada 16-18 Mei Ini

Share

Kebiasaannya di hujung Ramadan, warga kota akan beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tradisi balik kampung sudah sinonim dengan norma orang ramai. Namun tahun ini pastinya sangat berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19  dari terus merebak.

Malah bila menyebut Aidilfitri juga, kebanyakan anak-anak akan membelikan pelbagai barangan buat orang tua di kampung sebagai hadiah terutama melibatkan baju raya, kuih raya dan lain lagi. Namun disebabkan perintah PKP ini hati kita pasti meronta untuk mengirim sesuatu buat sanak saudara di kampung.

Bagi yang biasa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia iaitu Pos Laju dan Mel, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh akhir menghantar barangan melalui Pos Malaysia adalah pada 16 Mei bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak manakala pada 18 Mei ini bagi dalam Malaysia sahaja.

Manakala tarikh akhir menghantar kad ucapan hari raya pula ialah pada 20 Mei ini. Pengguna yang ingin menggunkan perkhidmatan Pos Malaysia adalah diingatkan agar segera berbuat demikian bagi memastikan barangan dikirim sampai sebelum Aidilfitri ini . Namun jika lewat mengepos barangan dijangka tiba selepas Aidilfitri.

So mana anak-anak yang buat kiriman buat ahli keluarga di kampung bagi meraikan Aidilfitri ini jangan bertangguh ya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros