
Isi Kandungan
TogglePawagam di seluruh negara sudah pun dibenarkan beroperasi setelah sekian lama ditutup akibat penularan wabak COVID-19. Terdapat banyak filem-filem box office yang terpaksa ditangguhkan tayangannya gara-gara panggung wayang tidak dibenarkan dibuka kepada orang awam.
Namun kini, pengusaha pawagam dan peminat yang sudah merindui untuk menonton filem di panggung boleh menarik nafas lega kerana operasi pawagam sudah pun dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan.
Jadi, kali ini kami nak senaraikan tarikh-tarikh tayangan terbaharu bagi filem menarik tahun ini.
1. Black Widow
23 September 2021
2. The Suicide Squad
30 September 2021
3. No Time To Die
30 September 2021
4. Shang-Chi
7 Oktober 2021
5. Dune
14 Oktober 2021
6. Escape Room
14 Oktober 2021
7. Fast & Furious 9
21 Oktober 2021
8. Don’t Breathe 2
28 Oktober 2021
9. A Quiet Place 2
28 Oktober 2021
10. Candyman
18 November
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton movie di pawagam kan? Selamat menonton, jangan lupa jaga SOP okay!
Hubungan Gigi Hadid Dan Leonardo DiCaprio Berakhir Disebabkan Orang Ketiga?

Hubungan cinta yang diperkatakan ramai, antara pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio dan model antarabangsa, Gigi Hadid akhirnya berakhir.
Melalui perkongsian daripada laman Viva Id .individu sama cantik sama padan itu berpisah kerana kedua-duanya mempunyai prinsip mereka sendiri dengan status yang sangat berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN : Leonardo DiCaprio & Gigi Hadid “Sesama Suka & Sedang Bergembira”
Manakala baru-baru ini, muncul gambar Leonardo menghabiskan masa dengan model Eden Polani yang berusia 19 tahun.

Fokus Kepada Anak
Gigi yang merupakan ibu kepada anak bersama Zayn Malik dikatakan mempunyai keutamaan untuk anaknya. Malah ada juga yang mentakan bahawa hubungan cinta mereka tidak pernah wujud dan cinta mereka wujud hanya sekadar atas dasar persahabatan sahaja.
Untuk info, pasangan selebriti itu yang kini menghabiskan masa di kotaraya New York pertama kali ditemui sewaktu parti Minggu Fesyen New York pada 10 September lalu.
Hubungan mereka dilaporkan semakin rapat selepas itu. Sumber rapat mendedahkan kepada PEOPLE dalam isu terbaru majalah tersebut bahawa Leonardo, 47 dan Gigi, 27 “sesama suka dan sedang bergembira”.
Hubungan mereka mulai menyemarak selepas Gigi menamatkan hubungannya dengan bapa anaknya, Zayn Malik pada Oktober 2021 manakala Leonardo pula baru sahaja berpisah dengan teman wanita berusia 25 tahun, Camila Morrone selepas empat tahun bersama.
Hmm…Cantik betul ye Eden Polani. Memang taste ‘pucuk muda’ Leonardo DiCaprio ni.
BACA LAGI : Ini Antara 3 Filem Seram Terbitan Leonardo DiCaprio Yang Korang Mungkin Tak Tahu..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem HARRY POTTER Sambut Ulang Tahun Ke-20! Tonton Maraton & Menang Hadiah Di..

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya siri filem popular kanak-kanak yang diadaptasi daripada novel nukilan J.K Rowling telahpun berusia 20 tahun sejak filem pertamanya, Harry Potter & the Sorcerer’s Stone ditayangkan.
Sempena ulang tahun istimewa dua dekad ini, saluran Cartoon Network (Astro ch 615) dan platform penstriman HBO GO bakal membawa korang untuk kembali menonton empat daripada lapan buah filem Harry Potter sepanjang bulan November dan Disember ini. Ini termasuklah filem Harry Potter & the Sorcerer’s Stone (13 November), Harry Potter & the Chamber of Secrets (27 November), Harry Potter & the Prisoner of Azkaban (11 Disember) dan Harry Potter & the Goblet of Fire (25 Disember). Kesemua akan disiarkan di saluran tersebut.
Manakala 4 lagi baki filem Harry Potter yang lain dijangka akan ditayangkan pada awal 2022 di Cartoon Network.
Sempena sambutan ulang tahun ke-20 ini juga, sebuah pertandingan Wizarding World secara maya berjudul Harry Potter : Hogwarts Tournament of Houses juga akan menemui korang secara eksklusif pada Isinin, 29 November di HBO GO.
Acara yang akan dihoskan oleh Dame Helen Mieern itu adalah sesuatu yang sama sekali tidak pernah dilihat oleh peminat Harry Potter sebelum ini. Dengan menampilkan beratus soalan trivia dan kemunculan tetamu istimewa semasa rangan tersebut, hanya peminat Harry Potter yang memiliki pengetahuan paling handal mengenai siri itu saja yang layak untuk membawa pulang trofi istimewa ‘Tournament of Houses’.

Korang juga boleh melayari laman web Harry Potter Movie 20 untuk menyaksikan kandungan eksklusif seperti momen-momen ikonik filem tersebut. Di sana korang boleh mengimbau semula kenangan daripada filem pertama, menonton babak di belakang tabir bersama kru produksi, mengetahui lagi lebih banyak pengetahuan mengenai wizard kesayangan korang, info binatang menggerunkan dalam Harry Potter dan banyak lagi.
Miliki Koleksi Hogwarts
Di samping itu, korang juga tidak harus terlepas peluang untuk memiliki barangan koleksi istimewa sempena ulang tahun ke-20 Harry Potter seperti aksesori, permainan dan kit DIY untuk mengubah dekor rumah. Peminat di Malaysia juga bertuah kerana mereka boleh memiliki permainan papan Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air yang dilancarkan oleh Mattel.
Raya 2023 Tak Membosankan! Astro Janjikan Pelbagai Kandungan Raya Menarik Aidilfitri Ini

Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman negara, Astro bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk pelbagai telefilem, rancangan variasi, komedi dan kanak-kanak yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Menara KL Bertukar Merah Jambu Sempena Astro Umum Sekuel Program ‘Favourite’ Korang
Barisan selebriti yang dijemput ke majlis tayangan perdana program raya Astro 2023.
Seringkali menyajikan di antara iklan Raya paling dinanti-nantikan, buat tahun 2023 Astro mempersembahkan iklan berjudul Pertemuan Dua Hati sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya.
Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang merupakan Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 selari dengan usahanya yang bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama.
Iklan yang mengambil masa penggambaran selama dua hari ini diarahkan oleh Dick Chua dan sarat dengan naratif emosi seperti karya-karyanya sebelum ini.
Sidang media Astro yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya semalam.
“Sajian Astro kali ini menampilkan rancangan-rancangan hebat yang bakal memberikan kepuasan hati untuk setiap lapisan penonton kami.
[Menerusi platform televisyen, kami bakal menyajikan 10 telefilem khas Aidilfitri di saluran Astro Ria bermula malam raya hinggalah Syawal ke-9 nanti,” ujar Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Puan Azlin Reza Azmi.
“Antaranya Pondok Quran Buruk, Sumpahan Peti Ais, Heisdilfitri, Bro Jenin, Pengantin Tangkap Muat, Raya Sebagai Isteri, Challenge Accepted, Biar Biasa Biasa, Langit Tak Mendengar dan Diari Cinta Aku,” katanya.
Menerusi saluran Astro Warna pula, program Debunk 2 akan kembali menemui penonton pada malam raya nanti. Manakala genre variasi, komedi serta kanak-kanak bakal memaparkan Holla Dolla, Siapa No. Syatu? Lina Vs Rina, Gegar Vaganza Raya, Gempak Most Wanted Raya, Celebrity Family Feud, Bombastika Raya, MeleTop Raya, Raya Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Royal Gerambel, Famili Yang Popular dan banyak lagi.
Pastinya ramai akan terhibur dan tidak kering gusi sepanjang bulan Syawal ini!
Manakala Polis Evo 3 dan MALBATT Misi: Bakara bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam kelak. Platform-platform digital dan radio turut akan menyajikan pelbagai jenis hiburan yang hebat, tiada henti sepanjang Syawal ini.
Tak sabar kan! Saksikan segala rancangan menarik di Astro raya kali ini okay.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro