‘Taring’ Harimau Malaya Tidak Cukup Tajam, Tewas Kepada Thailand 0-3 Di Tempat Lawan

Share

Aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia dan Thailand pada malam ini berakhir dengan keputusan mengecewakan setelah Malaysia tewas 0-3 di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Thailand mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang, Teerasil Dangsa pada minit ke-19 lalu memadam kelebihan bekalan satu jaringan oleh Faisal Halim dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Stuart Wilkin, Atlet Kacak Kacukan England-Malaysia. Jaring 2 Gol Bantu Malaysia Kalahkan Singapura – REMAJA

Begitupun, skuad Harimau Malaya tidak berjaya bangkit pada separuh masa kedua apabila Thailand terus menghukumi strategi bertahan yang dipamerkan oleh pemain Kim Pan-gon dengan jaringan kedua oleh Bordin Phala (’55) diikuti jaringan ketiga oleh Adisak Kraisorn (’71).

Thailand sekaligus melangkah ke peringkat akhir dengan agregat 3-1 dan bakal menentang Vietnam setelah mereka menewaskan Indonesia 2-0 semalam.

Rata-rata penyokong Malaysia di platform media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap corak permainan pasukan kebangsaan pada malam ini.

Namun, mereka sedikit sebanyak berbangga dengan usaha dan strategi yang telah ditampilkan oleh mereka sepanjang musim Piala AFF kali ini. Mereka turut berharap agar Malaysia bangkit untuk keempen Piala Asia 2023 kelak.

BACA LAGI: Rakyat Malaysia Jadi Hero, Kutip Sampah Bersihkan Stadium – REMAJA

FOTO: Team Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ