Isi Kandungan

Nama Deidre Walker menjadi bualan ramai dalam tempoh semalaman setelah gadis yang berasal dari Sabah itu menempah kejayaan di pertandingan ratu cantik, Miss Supranational 2023 yang sedang berlangsung di Poland.

Menerusi segmen pertandingan Supra Model of the Year, Deidre telah menduduki tangga sepuluh model terbaik dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan terdapat ramai wakil dari benua Asia yang cukup berkaliber bagi edisi kali ini.

Taring Makin Tajam! Ini Fakta Menarik Wakil Miss Supranational Malaysia 2023, Deidre Walker

Jom kita kenali serba-sedikit mengenai keperibadian Deidre dan mengapa beliau adalah calon terbaik yang mampu merebut mahkota Miss Supranational idaman ramai itu.

01

Deidre Walker merupakan seorang graduan psikologi dan kini memilih bidang peragaan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sewaktu pertandingan Miss Supranational Malaysia 2022 yang berlangsung sekitar Ogos 2022, Deidre telah dimahkotakan sebagai juara oleh wakil negara pada edisi terdahulu, Melisha Lin. Sekaligus, Deidre mengenepikan saingan terdekat termasuklah Vivy Vasu dari Kuala Lumpur dan Vivienna Alfred dari Sarawak.

 

02

Biarpun bergelumang dalam dunia peragaan dan ratu cantik serba glamor, Deidre terus menabur bakti menerusi beberapa advokasi yang dekat dengan hatinya. Antaranya termasuklah bagi pertubuhan kesedaran kanser payudara, Kinabalu Pink Ribbon.

03

Bagi gadis berusia 28 tahun ini, semangat yang dimiliki bagi memperjuangkan kempen kesedaran kanser payudara lahir daripada kisah hidupnya sendiri di mana beliau kehilangan ibu tercinta akibat penyakit tersebut pada tahun 2021.

Ads

Memetik laporan temubualnya bersama Daily Express Sabah, Deidre ingin sekali mengajak wanita-wanita di Malaysia untuk memandang serius akan langkah pencegahan serta pengesanan awal kanser payudara.

“Satu lagi perancangan saya adalah untuk bekerjasama dengan organisasi di luar sana bagi melebarkan lagi sayap program-program yang memanfaatkan kesedaran mengenai penyakit ini,” ujarnya.

Taring Makin Tajam! Ini Fakta Menarik Wakil Miss Supranational Malaysia 2023, Deidre Walker

 

04

Terbaru awal pagi tadi, Deidre telah dinobatkan sebagai salah seorang wakil Top 10  segmen pertandingan, Supra Model of the Year di Miss Supranational 2023.

Saban tahun, peminat dunia ratu cantik akan menantikan segmen Supra Model of the Year bagi melihat wakil negara masing-masing menonjolkan sisi sebagai model berkaliber. Dalam persalinan rekaan Cium Atelier, Deidre tampil dengan imej fierce; sama sekali berlainan dengan personaliti cerianya. Perubahan imej tersebut pantas mencuri perhatian panel juri.

Ads

Taring Makin Tajam! Ini Fakta Menarik Wakil Miss Supranational Malaysia 2023, Deidre Walker

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cium Atelier (@ciumxcium)

Deidre sekaligus berjaya mengenepikan wakil Asia lain dan berkongsi kedudukan dengan wakil popular dari Thailand, Patraporn First Wang.

Selain Malaysia dan Thailand, lapan lagi wakil yang berjaya mencuri tumpuan juri mengikut benua adalah Afrika – Zimbabwe dan Cote D’Ivoire; Amerika – Colombia dan Amerika Syarikat; Caribbean – Puerto Rico dan The Bahamas serta Eropah – Sepanyol dan Czech Republic.

Dengan kejayaan ini, ramai meramalkan Deidre tidak akan mempunyai masalah untuk menembusi kedudukan Top 10 keseluruhan pada malam kemuncak yang bakal berlangsung 14 Julai ini; secara langsung dari Poland.

 

Ads

05

Di Poland, Deidre tidak keseorangan apabila beliau turut diiringi wakil lelaki dari Malaysia yang juga sedang bertanding bagi gelaran Mister Supranational 2023, Danial Hansen.

Danial bukanlah nama baharu dalam dunia ratu cantik lelaki setelah beliau memenangi pertandingan Mister Tourism pada tahun 2019.

Taring Makin Tajam! Ini Fakta Menarik Wakil Miss Supranational Malaysia 2023, Deidre Walker

* * *

Bagi membantu Malaysia menempatkan diri pada kedudukan Top 12, orang ramai diseru mengundi Diedre dan Malaysia menerusi aplikasi Miss Supranational. Muat turun aplikasi tersebut menerusi App Store bagi iOS dan Google Play bagi Android.

KREDIT FOTO: Instagram @deidrewalkerr

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI