Tashi Choden, gadis berusia 23 tahun mencipta momen bersejarah apabila dia berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Bhutan yang pertama kalinya diadakan dinegara itu.

Walaupun begitu, Tashi bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik. Sebaliknya dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Citadel Pune 2017 di India bahkan sebelum itu dia dinobatkan sebagai Miss Indo Bhutan Fest 2016.

Tashi Choden Cipta Sejarah Sebagai Miss Universe Bhutan Yang Pertama

Pada tahun 2018 dia menyertai pertandingan Miss Asia, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, dek keramahan dan personaliti menarik, dia dianugerahkan dengan gelaran Miss Congeniality. Setahun kemudian, dia sekali lagi mewakili Bhutan di pertandingan Miss Supermodel Worldwide 2019 dan berjaya tembus ke kedudukan top 15 serta dinobatkan sebagai pemenang Best Catwalk.

Dengan pengalaman yang luas dalam dunia ratu cantik, tidak hairanlah gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 24 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Universe Bhutan 2022.  Seiring dengan kemenangan, dia akan menjadi wakil pertama negara tersebut ke pentas berprestij Miss Universe.

Ads

Tashi Choden Cipta Sejarah Sebagai Miss Universe Bhutan Yang Pertama

Menerusi sebuah video khas untuk pertandingan ini, Tashi berkongsi, “Selain daripada kepercayaan, saya juga percaya dengan sedikit magis. Bukan untuk muat dalam kasut kaca Cinderella tetapi lebih kepada untuk memecahkan sekatan masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.”

ARTIKEL BERKAITAN: Tutor Bahasa Perancis & Graduan Oxford Brooks University Dinobatkan Sebagai Miss World Philippines 2022

Ads
Tashi Choden Cipta Sejarah Sebagai Miss Universe Bhutan Yang Pertama
Para peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisional wanita Bhutan.

Sekadar informasi untuk pembaca REMAJA, Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara China dan India. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang diiktiraf sebagai negara karbon negatif kerana persekitarannya yang terpelihara dan tiada pembangunan berleluasa dibenarkan.

Secara fakta, 60 peratus kawasan negara itu digazet supaya dikekalkan sebagai hutan, manakala binaan bangunan di sana tidak dibenarkan melebihi enam tingkat pembinaannya. Usaha ini dilakukan untuk menjaga keharmonian alam sekitar.

Ads

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Tashi Choden & Miss Bhutan Org

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI