
Baru-baru ini, Tasik Cermin yang terletak di Ipoh ditutup sementara gara-gara tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam tasik tersebut.Video berdurasi 15 saat itu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Watch on TikTok
Walau bagaimanapun, pusat rekreasi ini akan dibuka semula bermula 15 Januari depan setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berpuas hati dengan hasil siasatan insiden itu.
Tasik Cermin akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kepada pengunjung. Pihak MBI juga berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Diharap dengan pembukaan semula opeasi tasik ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan utama di bandaraya Ipoh.

Untuk makluman, Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.
Diharap selepas pembukaan semula ini, orang ramai tidak melakukan sebarang salah laku yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam mahu pun pengunjung di sana.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Tragis! Penemuan Mayat Dikerat 6 Dalam Bagasi Di ‘Highway’ Berdekatan Rawang

Pengakhiran hidup yang mengerikan…
Semalam, masyarakat dikejutkan dengan berita satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.
Paling menyedihkan, ada sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Jalankan Siasatan Susulan Hantaran Tular Individu Jual Rakaman Pelanggan Di ‘Fitting Room’
Menurut laporan Malaysia Gazzete, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada jam 11.25 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Berdasarkan maklumat sumber juga, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpinan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tapa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.
“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut. Kata sumber, polis kemudian menemui sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan dan dua lagi anggota badan lain.
“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.
Dalam pada itu, Shafa’aton memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazzete
Resepi Roti Yang Sedap Dan Senang, Hanya 5 Bahan, Tanpa Telur, Tak Perlu Guna Mixer Dan Breadmaker!

Semua kedai tiada stok roti, yang yang paling ketara adalah roti Gardenia, banyak stok-stok roti telah habis di pasaran.
Hari ini Remaja nak kongsikan resepi daripada seorang penguna facebook Khalida Mahsari Ummi Khadeejah untuk membuat roti yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas untuk kamu semua lakukan di rumah!
Jadi, apa kata kita buat sendiri roti tawar atau roti loaf ini di rumah. Walaupun tanpa guna telur, mixer atau breadmaker, masih boleh gebu macam di kedai tau!
EGGLESS BREAD UNTUK SEISI KELUARGA
Hanya 5 Bahan, Tanpa Guna mixer atau Breadmaker. Apa yang lain adalah:
– Madu asli menggantikan Gula , kerana untuk yis hidup dan bereaksi memerlukan gula. Jadi ummi tukar kepada madu.
– Diingatkan susu mesti suam untuk dicampurkan bersama yis. Air tak boleh panas, yis akan mati.
– Ingin hasilkan doh yang elastik perlu uli 15minit..perap 45 minit. Bentukkan roti, perap lagi 30-45minit dan bakar!
BAHAN BAHAN
– 3cup Tepung Gandum (unbleached)
– 1 cup susu fullcream/freshmilk suam kuku
– Yis 11gram (1paket)
– Unsalted butter 1 sudu besar
– Madu asli 3 sudu besar
CARA-CARA
1. Susu, madu dan yis digaulkan bersama. Kacau sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan tepung dan tuang bancuhan tadi.
3. Masukkan butter. Uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan selama 45 minit kemudian baru masukkan dalam acuan pembakar roti.
5.Sebelum bakar, sapukan minyak zaitun dahulu kemudian bakar menggunakan suhu 20o’C selama 35 minit.
6.Siap!
Selamat mencuba!
So tak payah gaduh-gaduh roti tak ada, buat je sendiri dekat rumah. Jom habiskan sisa harian di petang hari dengan membuat menu resepi roti sendiri di rumah, yang sudah tentunya lebih sedap, lazat dan menyihatkan!
Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah
“Kenapa Adik Dibakar?” Keluarga Remaja Bunuh Diri Soal Pengurus Jenazah Lepas Diberi Bayangan Ngeri

Kita sering terbaca kisah seseorang membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi akibat tekanan dialami. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana sebenarnya keadaan seorang individu yang membunuh diri? Bagaimana keadaan jenazahnya? Adakah mudah diuruskan? Apa keganjilan terjadi dan adakah halangan berlaku ketika pengkebumiannya?.
Seorang pengurus mandi jenazah, Lasminah Dolsiraj, 59 yang sudah 20 tahun terlibat dalam kerja fardu kifayah sudi berkongsi cerita bagaimana dia pernah menguruskan jenazah seorang remaja perempuan yang membunuh diri, berusia 20-an yang terjun dari bangunan tinggi akibat depresi.
Katanya, kepala remaja berkenaan pecah tetapi sesudah di post mortem, biasanya kepala dapat dibentuk kembali biar pun tidak rata sama sekali. Jelas wanita merendah diri ini, itu bukan masalah besar baginya tetapi ada banyak benda pelik berlaku sepanjang dia memandikan jenazah remaja berkenaan.

Menurut Lasminah atau mesra kak Las, sepanjang pengalamannya, dia mengakui menguruskan jenazah bunuh diri berbeza sama sekali ketika menguruskan jenazah seseorang yang meninggal secara semulajadi.
Masa yang sama, katanya seorang tukang mandi jenazah perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pendinding diri kerana ada saja kejadian tidak disangka-sangka akan berlaku.
“Biasanya bagi individu yang bunuh diri, ada saja halangan akan dilalui. Allah nak tunjukkan kepada yang masih hidup, jangan memilih tindakan sebegini kerana kita tidak tahu nasib di akhirat kelak,” ceritanya.
Kata Kak Las, semasa proses memandikan, dia tidak dipertunjukkan apa-apa yang aneh tetapi dia ditanya oleh seorang ahli keluarga mangsa mengapa dia dipertontonkan mayat adiknya seolah dipasung dengan kakinya yang berlubang besar. Seolah-olah dibakar dengan api yang sangat marak. Seakan api neraka.
“Saya tidak nampak tetapi Allah mempertontonkan kepada ahli keluarganya. Dua kali dia bertanya tetapi saya menyuruhnya beristighfar dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan semua urusan semasa saya memandikan adiknya,” katanya memulakan cerita.
Cerita Kak Las, hanya kakaknya saja yang menemankan dia di bilik mandi jenazah sedangkan ahli keluarga lain hanya menunggu di luar. Ibu bapa remaja itu sendiri asyik pengsan kerana tidak menyangka anak mereka mengambil tindakan sedemikian.
Cerita kaki terpasung dan berlubang tidak habis begitu sahaja. Selepas selesai mandi dan kapan, kata Kak Las, dia yang menelefon imam memaklumkan kes ini akhirnya berasa pelik kerana tiada yang sudi menyembahyangkan jenazahnya. Seolah-olah dipulau.
“Bukan saja tiada imam tetapi tukang gali kubur pun marah-marah ketika menggali kuburnya. Sedangkan sifat seorang penggali kubur itu biasanya lemah lembut kerana mereka sudah lama menguruskan ribuan jenazah malah boleh dikatakan setiap hari. Kata kakaknya kepada saya, pakcik gali kubur itu marah-marah dan hentak papan kuat-kuat. Seolah-olah satu perbuatan protes yang hendak ditunjukkan kepada orang yang masih hidup bahawa perbuatan bunuh diri itu tidak diterima oleh bumi dan juga manusia.
“Lebih pelik, tukang bawa van jenazah pun tidak ada ketika itu. Ada urusan di luar. Sudahlah tiada orang nak solatkannya, pemandu van pun seolah berat hati mengusung jenazahnya dibawa ke dalam masjid. Mereka hanya tunggu di luar, menanti seolah-olah ada orang lain yang akan menguruskannya. Bukan diri mereka.
“Pendek kata Allah memberikan kesukaran dalam pelbagai bentuk. Saya sendiri, elok-elok cuaca elok, tiba-tiba hujan lebat ditambah ribut petir seakan menghalang perjalanan kita menyegerakan jenazah.

Mengambil kira semua perkara yang terjadi ini, dapat saya simpulkan memang benar mereka yang mengakhiri kehidupannya dengan cara tidak diredhai Allah, awal-awal lagi Allah menunjukkan bahawa berlaku penolakan kepada dirinya.
“Biarpun sifat Allah maha pengasih dan penyayang tetapi semua kejadian ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa sentiasalah berdoa agar hidup dan mati biarlah di dalam iman dan Islam.
“Agak menyedihkan bila kita memilih pengakhiran hidup sebegini tetapi kisah begini juga harus diberi perhatian bahawa awal-awal lagi bumi seolah-olah menolak mereka yang membunuh diri adalah satu perbuatan sukar diterima,” katanya mengharapkan cerita ini memberi tauladan dan sempadan bagi seorang muslim.