Musim pandemik yang sedang melanda negara sekarang ini telah menggangu kelestarian banyak perniagaan.
Baik perniagaan jenama besar mahupun kecil-kecilan, dek kerana permintaan dan jualan yang semakin merundum, kebanyakannya terpaksa mengecilkan skala perniagaan masing-masing.
Bagi sesetengah jenama pula, mereka terpaksa gulung tikar dan menutup operasi cawangan di Malaysia; seperti yang terjadi kepada butik Esprit dan gedung premium, Robinsons.
Menariknya, jenama pakaian yang satu ini seperti tidak terkesan dengan penangan pandemik Covid-19 dan ‘berani’ untuk membuka satu lagi cawangan mereka tidak lama lagi!
Ads
Semua orang mengenali jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo bukan? Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Fahreinheit 88 Bukit Bintang, Uniqlo Malaysia kekal diminati oleh ramai pelanggan setia mereka kerana faktor keselesaan, kualiti yang bertahan lama dan rekaan minimal yang kreatif.
Menerusi satu posting di Instagram pada hari ini, Uniqlo mengumumkan bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk membuka cawangan butik tunggal atau stand-alone store pertama di Malaysia, pada bulan Disember kelak. Ini bersempena ulang tahun 10 tahun mereka yang disambut pada bulan November ini.
Ads
Menurut Uniqlo lagi, cawangan bersebelahan jalan SA Square @ Damansa Avenue, dekat Bandar Sri Damansara ini direka khas untuk memastikan keluasannya bersesuaian dengan jumlas staf dan bilangan pelanggan yang datang dari kategori keluarga, warga emas, warga kurang upaya dan pelanggan sejagat.
Tinjauan REMAJA terhadap komen yang dimuat naik menunjukkan rasa tidak sabar peminat Uniqlo menantikan pembukaan butik tersebut. Malah, ramai juga menantikan pengumuman promosi atau jualan khas dari Uniqlo sempena pelancarannya.
Satu lagi berita gembira buat penyanyi kesayangan ramai dan juga rakyat Malaysia.
Buat kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame berkenaan sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama Tokti sempat berkongsi berita kegembiraan ini di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah posting mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat-peminat yang sentiasa ada ketika waktu susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Untuk info, tahun ini Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019.
Pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak ia mula dibuka pada tahun 1973.
Rata-rata warga meluahkan rasa gembira dan bangga dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini.
Alhamdulillah, congrats Tokti dari majalah Remaja. Rezeki adik Aafiyah ni…hehe
Kami pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut ambang 2020 pada minggu hadapan.
Bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan untuk menyambut di mana-mana, apa kata korang ke lokasi biasa, Dataran Merdeka kerana dengarnya, ada sesuatu yang menarik di sana.
Ia adalah lokasi rasmi untuk Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk menganjurkan acara Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada Selasa minggu hadapan.
Selain bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kami tak sabar untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di langit yang akan berlangsung selama 10 minit tanpa henti. 11 formasi menarik akan dipancarkan untuk menggambarkan keistimewaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mungkin ke ia akan menjadi seperti pertunjukan drone di China ini?
Bagi yang berminat untuk ke Dataran Merdeka nanti, pihak kementerian menasihatkan korang agar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, KTM, MRT, bas Rapid KL dan bas pengantara kerana lalu lintas dijangka sesak sepanjang hari dan malam.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
12 finalis Hero Remaja 2020 telah pun diumumkan sebentar tadi di Hard Rock Kuala Lumpur yang disiarkan secara live di Facebook dan Instagram Majalah Remaja.
Macam mana dengan pilihan finalis tahun ini? Adakah peserta favorite korang terpilih?
Mungkin ada beberapa wajah familiar yang korang sudah lihat sebelum ini. Bukan kerana populariti mereka terpilih menyertai Hero Remaja, namun pihak Remaja dan Astro percaya mereka mampu menonjol dan mengasah lagi bakat yang ada.
Imran Aqil, Azim Yusof, Jabir Meftah dan Nadhir Nasar sudah mempunyai pengikutnya sendiri di laman sosial dan sebelum ini juga pernah terlibat dalam bebebrapa seni peragaan fesyen.
Mungkinkah ini adalah kelebihan untuk mereka bersaing dalam Hero Remaja 2020? Jom kita lihat apa komen empat finalis ini.
Imran Aqil
Merupakan adik kepada Hero Favorite 2017, Nabil Aqil, Imran atau lebih mesra dipanggil Ijeeb percaya bahawa mereka masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan rezeki untuk berada dalam industri seni tanah air.
Mempunyai lebih 100 ribu followers di Instagram, Imran tidak menafikan sokongan dari pengikutnya sedikit sebanyak memberikan dia semangat untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang anak seni.
“Saya rasa sangat bersyukur atas peluang yang diberikan ini kerana dah lama saya impikan untuk menyertai Hero Remaja. Saya tidak menafikan mempunyai followers yang agak ramai sedikit sebanyak telah banyak membantu saya. Namun begitu, saya tidak boleh rasa selesa dan mengambil jalan mudah kerana media sosial juga mampu memberikan kesan buruk kepada penggunanya jika disalah guna,”
“Harapan saya jikalau kita lihat banyak remaja yang mengejar populariti serta mencari keseronokan dengan aktiviti yang tak berfaedah sehingga memalukan diri dan ahli keluarga,”
“Saya ingin menjadi ikutan yang baik kepada remaja lain. Oleh itu saya akan berusaha memperbaiki diri saya dan komited dengan impian saya. Jika saya menjadi idola kepada remaja saya tidak mahu menjadi seperti hanya sekadar pokok yang cantik dengan bunga bunganya tetapi saya ingin menjadi pokok yang bukan sekadar cantik namun dapat menghasilkan buah yang banyak dan boleh dimakan oleh orang ramai,” jelas Imran.
Azim Yusof
Sebelum ini wajahnya sering menghiasi pentas peragaan dan juga TV komersil. Anak muda yang berusia 23 tahun ini tidak meletakkan dirinya sebagai instafamous dan ia juga bukanlah satu kelebihan untuknya kerana masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan jumlah followers di instagram.
“Sebenarnya tidaklah terlalu ramai yang meletakkan harapan tinggi untuk saya dalam Hero Remaja ini kerana bagi saya, saya bukan seperti instafamous yang mempunyai followers yang ramai. Alhamdulillah dengan 10 ribu pengikut di instagram, ada juga penyokong dan rakan-rakan yang berharap saya terpilih sebagai finalis Hero Remaja. Mereka percaya akan bakat dan kelebihan yang saya ada,”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan penyokong yang sentiasa mempercayai bakat dan menyokong segala usaha saya,”
“Saya nak buat yang terbaik , saya juga mahu ibu bapa, rakan-rakan dan pengikut diluar sana bangga dengan apa yang saya buat sekarang. Biarlah ia menjadi contoh terbaik kerana saya bermula dari kosong dan selama 2 tahun lebih saya tidak give up dalam industri walaupun perlu bersaing dengan pesaing-pesaing yang hebat,” kata Azim.
Jabir Meftah
Lain pula bagi Jabir Meftah yang memang bercita-cita tinggi untuk menjadi ikon kepada anak muda dalam melahirkan genarasi yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
“Saya berasa bersyukur, alhamdulillah. Dalam masa yang sama saya rasa happy, nervous dan terharu sebab akhirnya saya selangkah lagi lebih dekat dengan vision saya,”
“Sesungguhnya pengikut yang ramai itu bukanlah suatu kelebihan sebenarnya, malah ianya lebih merupakan suatu tanggungjawab sosial saya untuk memimpin mereka ke arah kebaikan dan menjadi contoh yang baik kepada mereka.”
“Saya berharap agar saya dapat memulakan suatu revolusi ‘Youth Spring’ di Malaysia sepertimana yang telah berlaku di negara Tunisia. Kalau dulu mereka telah memulakan ‘The Arab Spring’ dengan memberi suatu nafas baru terhadap negara mereka maka sebelum saya tersingkir daripada rancangan ini saya berharap agar saya dapat memulakan suatu “Youth Spring” di Malaysia dengan memberi suatu wawasan dan kesedaran baru kepada semua belia-belia di Malaysia untuk menyelamatkan dunia! To save the World!,” jelas Jabir.
Nadhir Nasar
Sebelum ini, Nadhir Nasar sudah pun mempunyai beberapa pengalaman beraksi di pentas peragaan. Namun begitu, baginya banyak lagi pelajaran dan pengalaman yang perlu dikutip untuk menjadikannya seorang anak seni suatu hari nanti.
“Pengikut di media sosial saya tak banyak tetapi saya boleh katakan im one of the micro influencers. Bukan pasal quantity but its all about the quality of my followers. Ramai followers saya terdiri daripada fashion designers tanah air, pengarah filem tanah air dan banyak lagi.Walaupun tidak seberapa saya percaya ia boleh membuat impak yang besar di dalam industri InsyaAllah,”
“Saya sangat gembira, excited, mixed feelings setelah diterima menjadi salah seorang finalis Hero Remaja because apart of me saya dapat merasakan saya takut akan exposure. Bukan berada di dalam pertandingan tetapi selepas pertandingan. Dan perasaan takut ini juga membuat saya mahu lebih lagi daripada apa yang saya ada sekarang, I love to challenge myself,”
“Harapan saya di Hero Remaja adalah untuk membawa nama saya dan nama seni tanah air ke peringkat “Hollywood” dengan cara yang tersendiri. Saya hendak membuat satu impak kepada global menggunakan cara seni lokal tanah air. Bagi saya Malaysia adalah sebuah negara yang special, tetapi kita tidak ada cukup keberanian. We can, slowly but surely dengan izin Allah SWT,” jawab Nadhir.
*
Tahniah kami ucapkan kepada semua!
Tidak kiralah sama ada korang mempunyai followers yang ramai atau tidak, ia bukanlah satu kelebihan jika korang tidak berusaha dan fokus dalam menimba pelajaran serta pengalaman yang bakal diperoleh dalam program Hero Remaja.
Ini dia senarai penuh 12 orang finalis yang terpilih.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...