Sekali lagi, jualan besar-besaran sempena tarikh 10 Oktober kembali dengan pelbagai jenis jenama yang menjual di stor atas talian ataupun di stor fizikal menawarkan diskaun khas hanya pada hari ini saja.
Jika korang enggan ke pusat membeli-belah pada hujung minggu kerana takutkan keadaan yang sesak di sana, jangan risau kerana empat jenama sneakers ini ada menawarkan peluang membeli-belah yang sama di stor atas talian mereka.
Jom lihat tawaran diskaun hebat daripada mereka ini.
Kod diskaun tersebut dibahagikan kepada :
TEN10 – Diskaun 10 peratus bagi pembelian 1 item.
TEN20 – Diskaun 20 peratus bagi pembelian 2 item.
TEN30 – Diskaun 30 peratus bagi pembelian 3 item.
Sepanjang tiga bulan kebelakangan ini, kami perasan bahawa Puma Malaysia banyak menawarkan peluang diskaun secara tiba-tiba mahupun mengikut ‘tarikh cantik’ seperti 10.10. Kali ini, mereka tidak terkecuali menawarkan diskaun sehingga 50 peratus dan terdiri daripada hampir 1,400 barangan (tertakluk kepada saiz yang masih ada).
Tidak cukup dengan itu, Puma juga manawarkan 30 peratus diskaun tambahan untuk pembelian beberapa barangan terpilih.
Yang penting, pembelian bernilai lebih RM200 dalam satu resit akan menerima penghantaran percuma.
Sneakerheads semua tahu mengenai kepelbagaian model sneakers yang ditawarkan oleh Crossover Concept Store dari semasa ke semasa. Khas untuk 10.10, mereka ingin memberi peluang kepada korang untuk mendapatkan diskaun 15 peratus dengan pembelian melebihi nilai RM400; termasuklah bagi koleksi barangan baharu
Gunakan kod OCT15OFF semasa membuat pembayaran.
Kalau korang terlepas peluang ini, memang rugi! adidas Malaysia menawarkan diskaun sehebat 40 peratus bagi pembelian mana-mana dua barangan pilihan korang pada hari ini.
Pastikan pada paparan barangan tersebut tercatat ‘ Bundle discount in cart’. Sneakers ultraboost seakan memanggil!