Tawaran & Diskaun KAW KAW, Jangan Lepaskan Peluang Jualan Tahunan Terbesar 11.11 LAZADA!

Share

Ayuh, shop till you drop!

Pesta membeli-belah tahunan yang paling dinanti-nantikan akan berlangsung selama 3 hari dengan keceriaan tanpa henti bermula 11 hingga 13 November. Wowzers!

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil 50 Model, Jalan Bukit Bintang KL Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLOOk Lazada

Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara tampil menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.

Korang juga berpeluang untuk nikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada dengan lebih daripada satu bilion LazCoins yang sedia untuk direbut. Haaa…tunggu apa lagi?

Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins juga sangat mudah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa.

Pengguna platform yang ingin menggandakan pengumpulan LazCoins juga boleh melengkapkan ulasan produk yang dibeli, menyelesaikan misi di aplikasi Lazada, atau bermain game di platform seperti Merge Boss atau GoGo Match.

Tibanya 11 November, para pengguna juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan Lazada Bonus bagi memaksimumkan penjimatan lantaran ganjaran diskaun sebanyak RM9 untuk setiap pembelian berjumlah RM90.

Tahun ini, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif produk jenama terkemuka  yang akan bertukar-tukar bermula 11 hingga 13 November.

Jenama kegemaran ramai seperti DJI, LEGO, L’Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers, dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian. Uishhh

banyak juga jenama kegemaran remaja zaman kini!

Selain promosi jenama dan diskaun eksklusif, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti tawaran LazFlash Extra* yang menjanjikan harga terendah dengan diskaun lebih 50% diskaun bagi produk popular, trending, dan pelbagai tawaran yang wajib dibeli.

Siapa sini yang tidak gemar mengeluarkan duit untuk servis penghantaran? Haaa..usah kahawatir kerana Baucar Penghantaran Percuma juga boleh diperoleh merentas aplikasi, hanya tekan pada ikon Penghantaran Percuma atau ikon Baucar, pecahkan Lucky Egg atau dengan bersuka-ria dengan Lazzie Star.

Dengan baucar Penghantaran Percuma, para pelanggan boleh menikmati penjimatan hingga RM20 ke atas caj penghantaran!

Anda boleh mula menambah item ke dalam troli dan bersiap sedia untuk membuat pembayaran pada pukul 12 pagi pada 11 November agar layak menikmati harga yang tiada tandingan, diskaun durian runtuh besar-besaran, dan pelbagai kejutan hebat dan menawan yang pastinya menambah keceriaan!

So just get ready tau korang! Tepat pukul 12 pagi terus checkout all items!

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini.

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Lazada

 

Published by
Adriana Syaurah