Isteri kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, iaitu Zira Ayub, telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersebut, Zira dilihat sedang menikmati minuman sambil mengenakan topi hitam, namun tanpa tudung di kepalanya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rambut panjang Zira yang berwarna keperangan.
Difahamkan, Zira dan Nabil kini sedang berada di luar negara, namun belum ada penjelasan lanjut mengenai sebab Zira memilih untuk tampil dengan imej tersebut.
Ads
Keputusan Zira untuk tidak bertudung ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Naira Mikayla, sudah memilih untuk bertudung. Nabil mengakui bahawa keputusan anaknya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan, menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.
Ads
Sekadar info, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilan berhijabnya pada waktu itu mendapat pujian ramai.
Ads
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zira Ayub
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara karpet merah di Oscars 2019 hari ini nyata tak mengecewakan!
Selain trend warna merah jambu dan hitam, potongan gaun ball gown besar pun menjadi pilihan ramai selebriti yang hadir. Ini dia 7 ball gown kegemaran REMAJA.
01
Gemma Chan
Pelakon filem Crazy Rich Asians ini mengukuhkan pengaruhnya selaku ikon fesyen baru dalam persalinan Valentino Couture dan aksesori Bvlgari.
02
Yalitza Aparicio
Bintang filem Roma yang berusia 25 tahun ini melakukan debut di karpet merah Anugerah Oscars dengan menyarung gaun glamor daripada Rodarte dengan perincian sekuin perak. Aksesorinya pula daripada Forevermark Diamonds.
03
Kacey Musgraves
Kalaulah ada baju untuk si Cinderella ke Oscars 2019, maybe this will be it. Kacey yang baru saja memenangi Album of The Year pada anugerah Grammy’s 2 minggu lalu memilih gaun tulle Giambattista Valli Couture daripada minggu fesyen Couture.
04
Lady Gaga
Pemenang Lagu Terbaik menerusi ‘Shallow’ ini mungkin telah menjadi bualan orang ramai disebabkan rantai berlian Tiffany & Co di lehernya. Namun, ball gown hitam rekaan Alexander McQueen ini juga menjadi tumpuran ramai kerana potongan pinggulnya yang lain daripada yang lain.
Gaga menyempurnakan look hari ini dengan sarung tangan kulit. Sebelum ini, Gaga pernah memakai sarung tangan merah ke Oscars 2015.
Okay, tidak semua orang akan menyukai dress merah yang disarung isteri Daniel Craig ini.
Namun, gaun two-piece daripada koleksi Givenchy Couture ini berjaya mencuri tumpuan disebabkan potongannya dan fabrik latex mengilau pada bahagian bodice. “Saya dan stylist merasakan gaun ini cool. Ia moden tetapi couture pada masa yang sama.”
Rachel memadankan gaun dengan 2 feather pin Cartier dari tahun 1903.
06
Sarah Paulson
Sarah menjadi salah seorang selebriti yang memilih warna paling popular di karpet merah Oscars iaitu merah jambu. Dia juga merupakan seorang yang suka mencabar gaya fesyen dari semasa ke semasa. Jadi tak hairanlah apabila Sarah kelihatan – err – berbeza berbanding yang lain.
Memilih gaun Brandon Maxwell daripada koleksi terbaru Fall/Winter 2019, Sarah memadankannya dengan aksesori berlian daripada Harry Winston.
07
Billy Porter
Okay, Billy Porter menang di karpet merah hari ini. Lady Gaga sekalipun tak boleh menandingi gaya Billy!
Pelakon siri Netflix, Pose itu berkolaborasi dengan Christian Siriano untuk mencipta ball gown berfabrik baldu / tuksedo hibrid ini, sekaligus menjadi topik perbualan hangat warga Twitter. Dan jangan dilupa lengan berenda dan cincin berlian kuning di jarinya. Nilainya dikatakan mencecah USD900,000. Wow!
Siapa je yang tak suka makan burger kan? Dari budak kecik sampai la ke orang dewasa, boleh dikatakan burger tu memang favourite food setiap orang.
Ada individu lebih suka burger simple macam yang dijual di tepi jalan tu dan ada juga yang suka burger dengan patty tebal disaluti limpahan cheese.
Ha, dengar je pun dah boleh terliur kan?
Remaja nak kongsikan lima jenis burger yang dirasakan paling sedap di dunia dan rugilah kalau korang tak pernah cuba.
1. Big Mac
Kalau pergi McDonald, atleast sekali korang kena try Big Mac sebab rasa daging segar dan ketebalan isi dagingnya memang boleh buat korang kenyang sampai malam. Pendek kata, puas hati beb!
2. Burger bujang
Nampak simple je, tapi sekali makan boleh ketagih dibuatnya. Tak mewah sangat macam burger-burger di restoran fast food, tapi rasanya tetap umphh walaupun harga jauh lebih murah berbanding burger-burger yang lain.
3. Zinger burger
Nak makan burger, tapi rasa macam nak makan ayam goreng jugak. Okay la kalau macam tu apa kata korang order je Zinger burger ni sebab kenikmatannya sama-sama dirasai. Isi ayam goreng yang dimakan bersama roti burger, memang sesuai untuk korang yang berselera macam-macam. Hiks!
4. Burger bakar
Satu masa dahulu, burger bakar pernah menjadi viral kerana ketinggiannya dan limpahan cheese membuatkan ramai yang ingin mencuba. Rasanya, memang superb tak boleh disangkal lagi.
5. Crunchy Jalapeno Burger
Siapa yang gilakan hidangan pedas pasti akan sukakan burger daripada Texas Chicken ini.
Sebaik je korang rasakan bite pertama pada burger ini, rasa macam nak meletop tu pasti muncul! Bukan disebabkan oleh rasa pedas Zesty Jalapeno Cheese Bombers tu tau, tapi disebabkan adunan pelbagai rasa dalam satu hidangan burger.
Crunchy Jalapeno Burger datang dengan filet peha ayam, nanchos rangup, keju cair dan sos keju nacho. Kesemuanya dalam satu pakej. Kalau nak rasa oomph lagi, makan bersama hidangan side dish seperti Fry ‘N’ Dip Nachos.
Amacam, dah terliur ke?
Untuk pengetahuan semua, cawangan Texas Chicken pertama di Johor baru saja dibuka di City Square Shopping Mall dan ia juga adalah cawangan ke-48 di Malaysia. Jadi, dapat remaja di Johor merasakan Crunchy Jalapeno Burger ini selain daripada menu popular spicy chicken dan all-American Honey-Butter Biscuits.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para Once, peminat memberikan sokongan mereka melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon
Kurang dari setahun yang lalu, ahli kumpulan K-pop TWICE iaitu Jeongyeon pernah dilaporkan berdepan serangan panik dan ‘psychological anxiety’. Disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada Oktober 2020 itu, penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti bersama TWICE demi memulihkan kesihatan mentalnya.
Malangnya, Jeongyeon tidak terlibat dalam sesi promosi album kedua kumpulannya berjudul Eyes Wide Open. Hanya tiga bulan kemudian, dia kembali menyertai ahli TWICE lain sempena acara Seoul Music Awards ke-30 pada Januari tahun ini.
Malang sekali apabila syarikat label kepada TWICE iaitu JYP Entertainment berkongsi pada 18 Ogos 2021 bahawa Jeongyeon disahkan berdepan semula serangan panik dan ‘psychological anxiety’ yang sama. Oleh yang demikian, dia dijangka akan berehat bermula minggu ini hinggalah waktu yang ditentukan nanti.
“Jeongyeon sekarang sedang berdepan serangan panik dan psychological anxiety. Walaupun Jeongyeon semakin pulih selari dengan jadual (bersama TWICE) dengan mengambil tindakan pemulihan, kami mementingkan kesihatan artis kami sebagai isu yang lebih utama.
“Oleh itu, setelah perbincangan dalaman dilakukan dan disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan agar Jeongyeon tempoh masa mencukupi untuk berehat dan pulih semula.
“Setelah berbincang dengan Jeongyeon sendiri dan ahli-ahli TWICE lain, kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat menyertai aktiviti TWICE buat sementara waktu ini. Sebaagi syarikat label artis tersebut, kami akan menyediakan prosedur terbaik untuk Jeongyeon pulih dalam tempoh waktu mencukupi.
“Dengan itu, kami memohon agar anda semua teruskan memberi sokongan kepadanya,” catat mereka.
Untuk pengetahuan, Jeongyeon bukanlah ahli pertama yang berdepan isu kesihatan mental kebelakangan ini.
Sekitar pertengahan tahu 2019, seorang lagi ahli TWICE iaitu Mina juga tidak muncul semasa konsert jelajah dunia TWICELIGHTS berikutan isu yang sama dan disebabkan rasa tidak yakin melakukan persembahan di atas pentas. Hampir enam bulan juga Mina tidak muncul bersama kumpulannya di lokasi terbuka (tidak termasuk penggambaran dan rakaman).
Nampaknya, bukan kita saja yang berdepan serangan panik dan anxiety. Kumpulan sepopular TWICE juga memahami apa yang kita lalui. Malah, ia juga boleh berlaku berulang kali walaupun telah mendapatkan rawatan dan kaunseling sebelum ini.
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para ONCE (peminat TWICE), mereta telah memberikan sokongan melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi cara menenangkan diri sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam drama Korea popular, It’s Okay Not To Be Okay.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...