Isteri kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, iaitu Zira Ayub, telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersebut, Zira dilihat sedang menikmati minuman sambil mengenakan topi hitam, namun tanpa tudung di kepalanya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rambut panjang Zira yang berwarna keperangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bergelar Hafiz Al-Quran, Fatin Afeefa Sebak Hantar Putera Sulung Ke Sekolah Tahfiz
Difahamkan, Zira dan Nabil kini sedang berada di luar negara, namun belum ada penjelasan lanjut mengenai sebab Zira memilih untuk tampil dengan imej tersebut.
Keputusan Zira untuk tidak bertudung ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Naira Mikayla, sudah memilih untuk bertudung. Nabil mengakui bahawa keputusan anaknya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan, menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.
Sekadar info, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilan berhijabnya pada waktu itu mendapat pujian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zira Ayub