Isi Kandungan
TogglePernah membintangi drama dan siri di televisyen, antaranya Idola Kecil Cindarella Stories, Idola Kecil The Series, Dunia Eicak, Elly & Epit dan Miss Kapten Cikgu Waiz.
Afieq Shazwan kini sudah tidak lagi dibayangi dengan imej kanak-kanak apabila kita melihat transformasi dirinya sekarang.
Menginjak usia 22 tahun, boleh dilihat perubahan ketara dirinya khususnya fizikal apabila sudah mula bergiat aktif di gym dan mula membina badan.
Afieq tayang six pax…
Baru-baru ini, pelakon itu telah memuat naik beberapa foto transformasi tubuh sasa membuatkan ramai mula teruja, dengan perubahan fizikal pemenang tempat ketiga Big Stage musim pertama.
Menurut Afieq menerusi kapsyen dia hanyalah mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan fit.
View this post on Instagram
• Just wanna get fit 🦾 Slide for the progress 😪 . #AfieqShazwan
A post shared by Afieq Shazwan (@afieq.shzwn) on
Wow! Badan sado
Rata-rata pengikut Instagram memuji bentuk badan sado yang dimiliki Afieq, menyifatkan tubuhnya sempurna dan kelihatan seksi.
Apa pun Good Job Afieq, semoga dengan transformasi tubuh ini dapat mengembangkan lagi karier beliau. Mana tahu lepas ni Afieq dapat pegang watak hero pula kan.
Sumber : Afieq Shazwan
“Tak Makan Saman..” Fizi Buat Hal Lagi, Kali Ini Body Shaming Pula
Ingat lagi kontroversi yang tercetus apabila karakter Fizi dalam siri animasi Upin & Ipin menyebut tentang ibu bapa pasangan kembar itu sudah meninggal dunia?
Dialog Fizi tersebut teruk dikecam oleh warganet sehingga ia mendapat kritikan daripada penonton dari Indonesia.
Terbaru, Fizi masih ‘tidak makan saman’ dan tetap bermulut lancang dalam satu iklan acah (teaser) yang dikeluarkan oleh Les’ Copaque semalam. Ia menunjukkan beberapa petikan klip daripada episod baharu Upin & Ipin.
Ia menampilkan karakter Fizi dan Ihsan yang baru saja menggunakan produk merapikan rambut dengan stail rambut yang baru. “Kita orang pakai krim rambut ajaib,” kata Fizi selepas Upin bertanyakan apakah yang telah ‘dibuat’ pada rambut mereka.
Sampai hati Fizi kata Upin Ipin botak~ pic.twitter.com/QeJPVeKvWu
— Les’ Copaque (@lescopaque) February 15, 2021
Lantas, pasangan kembar itu juga ingin mencuba produk tersebut pada kepala mereka. Namun dengan ‘selamba’-nya Fizi memberitahu bahawa produk itu tidak akan berkesan pun kepada mereka dek kerana rupa mereka yang tidak berambut.
Tatkala Fizi menyebut, “BOTAK..!” riak wajah Upin dan Ipin terus berubah kerana terkesan dengan kenyataan berbaur body shaming itu.
Malah sebaik saja pulang ke pangkuan nenek mereka yang risau melihat wajah muram pasangan itu, mereka serta-merta mengaku sedih mendengar apa yang diperkatakan oleh Fizi. Sampai menangislah mereka dibuat!
“Tadi Fizi ejek, di kata Upin dan Ipin.. budak botak!”
Body Shaming Isu Zaman Sekarang
Biarpun kami memang sakit hati bila melihat mulut lancang Fizi tersebut, namun kita harus akui isu body shaming ini sedang hangat berleluasa dalam kalangan remaja sekarang terutamanya di ruangan media sosial.
Ramai yang sanggup berselindung di sebalik akaun palsu hanya demi melontarkan kata-kata nista dan cercaan body shaming kepada orang lain. Semua itu demi kepuasan diri apabila cercaan itu mendapat sokongan pula daripada warganet.
Klip ketiga yang dimuat naik oleh Les’ Copaque menunjukkan bagaimana Upin & Ipin terkesan dengan apa yang terjadi dan masih sibuk memikirkan hal tersebut biarpun telah dipujuk oleh nenek mereka.
Masih teringat suara Fizi cakap Upin Ipin botak pic.twitter.com/4wy1t37Baz
— Les’ Copaque (@lescopaque) February 16, 2021
Ia menunjukkan bahawa mangsa body shaming akan terus dibelengu dilema dengan imej mereka setelah menerima kritikan. Lagilah mereka enggan berjumpa dengan orang lain, malah semakin bersifat introvert pula.
Warganet pantas menghukumi Fizi dalam komen balas mereka di Twitter:
Amboi, janganlah sampai nak doakan orang sebagai penghuni neraka.
Kita tonton adegan ini dengan fikiran positif okay.
Sekurang-kurangnya, Remaja merasakan pujian harus diberi kepada produksi animasi ini yang memperkenalkan isu tersebut buat tontonan dan pengajaran kepada kanak-kanak agar mereka belajar daripada kesilapan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Jom lihat beberapa kejayaan yang pernah diperolehi oleh produksi Les’ Copaque menerusi animasi Upin Ipin ini.
Trend Kahwin Di Negara Jiran: Sah Ke Tiada Bapa Sebagai Wali Bagi Pengantin Perempuan?
Isu perkahwinan di luar negara terutamanya di Thailand bukanlah isu baharu, bahkan ia akan menjadi isu hangat secara bermusim.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terpedaya Pujukan Kahwin Lari, PEGUAM SYARIE Dedah Kesan Buruknya
Thailand bukan sahaja terkenal dengan tempat pelancongan, namun terkenal juga dengan ‘trend’ berkahwin di sana.
Isu ini akan menjadi lebih panas jika pihak yang terlibat dikenali ramai sama ada orang kenamaan, artis dan sebagainya.
Buat makluman, perkahwinan merentasi sempadan ialah sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut.
Perkahwinan merentasi sempadan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti perkahwinan di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan lain-lain daerah di selatan Thailand.
Kahwin lari ke sempadan Thailand dibolehkan dengan beberapa syarat seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Selain dari kosnya yang murah, perkahwinan di negara jiran berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat restu keluarga, mereka yang terlanjur dan bagi pihak lelaki yang ingin berpoligami.
Tapi antara persoalan yang muncul di kalangan warganet tentang mereka yang mengambil jalan pintas ini dek kerana tiada restu dari keluarga adalah kehadiran wali bagi melengkapi rukun nikah.
Terutamanya bagi belah pengantin perempuan, boleh ke dinikahkan tanpa wali iaitu ayah atau saudara lelaki?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut Mazhab Al-Syafie”
Walaupun statusnya adalah sah, namun Pejabat Mufti menasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing.
“Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
“Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
“Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini”, jelas artikel berkenaan
Haaa…kini anda tahu! Tapi usahlah jadikan ikutan okay, lagi bermakna dan manis sekiranya kita ikuti undang-undang pernikahan di Malaysia sebaiknya.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pengantin, Sinar Harian
Bakal Pengantin Boleh Rentas Negeri, Berita Baik Buat Yang Nak Naik Pelamin
Selepas memberi kelonggaran buat hal-hal kecemasan, kematian, pekerjaan dan lain lagi, ternyata Malaysia mula bersedia memberikan kelonggaran bagi kes-kes lain pula termasuklah berita baik untuk bakal pengantin.
Ya la, kalau sebelum ini tarikh sudah ada namun disebabkan PKPB, semuanya jadi tersangkut. Namun hari ini, ada berita baik untuk pasangan yang nak naik pelamin.
Laporan Harian Metro, bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.
"Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.
"Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama perlu ada kelulusan polis.
"Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebih 20 orang dan sebagainya," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.