Tayangan Perdana ‘LEE CHONG WEI’ Versi Tambahan 133 Minit Di Stadium Nasional, Bakal Cipta Rekod Penonton Paling Ramai

Share

Pada bulan lalu, trailer filem biografi legenda jaguh badminton yang juga wira negara, Datuk Wira Lee Chong Wei Telah diperkenalkan. Filem berjudul, ‘LEE CHONG WEI’ bakal ditayangkan di seluruh negara tidak lama lagi.

Menerusi filem yang diarahkan oleh Teng Bee, kita bakal melihat watak Lee Chong Wei dilakonkan oleh pendatang baru industri lakonan, Tosh Lee. Manakala pelakon kanak-kanak Jake Eng membawakan watak beliau pada usia 13 tahun. Kemunculan Datuk Rosyam Nor yang membawakan watak sebagai Misbun Sidek merupakan antara kekuatan utama filem ini.

Setakat ini, ia sangat mencuri perhatian para netizan dan menjadi bualan ramai. Melihatkan perkara ini pihak produksinya dengan telah merancang menganjurkan sebuah acara tayangan perdana besar-besaran.

Artikel Berkaitan: Kenali 10 Instafamous Hijabi Pilihan Remaja 

Majlis Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Versi Tambahan 133 Minit’ ini bakal dilangsungkan pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sport City. Acara ini dijangka dihadiri seramai 20,000 orang penonton terdiri daripada para peminat, selebriti, tetamu khas dan VIP. Ia juga bakal mencecah rekod dan memasuki Malaysia Book of Records dengan para hadirin dan skrin LED gergasi.     

Ia akan ditayangkan di dalam stadium dengan menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai malis tayangan perdana terbesar dalam sejarah di Malaysia.

Pada majlis ini juga menyaksikan karpet merah sepanjang 100 meter akan dibentangkan dan peminat berpeluang melihat pemain-pemain badminton negara, pelakon, selebriti dan figura popular secara dekat. Dan lebih istimewa lagi, pihak penganjur dikhabarkan akan menjemput Skuad Piala Thomas 1992!

Berikut senarai harga tiket mengikut kategori yang boleh didapati bermula 20 Januari 2018 di WWW.MYTICKET.ASIA. Setiap pembelian tiket membolehkan penonton mendapat sehelai kemeja-T, sekeping tiket LEE CHONG WEI di GSC dan poster edisi terhad. Selain itu, penonton juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI (sebanyak 100 unit), telefon pintar SAMSUNG (5 unit) dan banyak lagi.

Datuk Wira Lee Chong Wei akan menghadiri tayangan perdana sedunia ini dengan kaum keluarganya. Datuk Joe Lee, selaku penerbit eksekutif, berkata bahawa Datuk Wira Lee Chong Wei akan menyaksikan filem ini buat pertama kali dengan 30,000 penonton.

Para tetamu dan penonton akan menyaksikan acara karpet merah, bersama cabutan bertuah, persembahan lagu tema dan banyak lagi. Pengarah filem Teng Bee masih merahsiakan penyanyi lagu tema filem dan memaklumkan bahawa pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem LEE CHONG WEI yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 MAC 2018.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim