Tayangan The Batman Dimulakan Semula Selepas 45 Minit, TGV Mohon Maaf

Share

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fazillah Raduan telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menonton semula tayangan The Batman yang telah ditonton 45 minit pertama di TGV Cinemas.

Menurut lelaki itu, tayangan berkenaan telah bermula pada pukul 7.15 malam dan selepas 45 minit tayangan bermula, seorang kakitangan pawagam masuk dan membuat pengumuman “Kami akan memulakan semula filem itu dari awal. Maaf atas kesulitan yang timbul”.

Foto: Variety

Jelas kakitangan tersebut, ia adalah disebabkan oleh beberapa pelanggan yang baru tiba. Disebabkan oleh aduannya itu, pihak pawagam telah menawarkan bayaran balik namun lelaki itu tetap tidak berpuas hati kerana ia bukan soal wang, tetapi masa yang telah dibazirkan begitu sahaja.

“Filem ini adalah 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan lagi 45 minit hanya kerana sekumpulan individu yang masuk lewat?”

“Ini bukan tentang duit, ini tentang keadilan. Adakah anda cuba memberitahu bahawa saya dan pelanggan lain kurang penting daripada mereka yang sampai lambat itu,” jelas lelaki tersebut.

Sumber: Facebook Fazillah Raduan
Sumber: Facebook Fazillah Raduan

Aduan ini telah mendapat perhatian pihak TGV Cinemas dan mereka memohon maaf atas kejadian tersebut serta menawarkan dua tiket percuma dengan pembayaran semula kerugian yang ditanggung pelanggan.

Sumber: TGV Cinemas

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman