Tealive Henti Penggunaan Straw Kertas & Perkenal Cawan Baru, Tapi Adakah Harga Kekal Sama?

Share

 

Setelah mendengar cadangan daripaa pelanggan setia mereka, Tealive sedang berusaha untuk menjadi jenama yang lebih green friendly.

 

Lalu tak lama lagi, minuman Tealive tidak lagi akan didatangkan dengan straw kertas (yang TBH agak mudah lunyai sebelum minuman dihabiskan).

Kesemua minuman akan dihidangkan dalam tumbler bubble tea Tealive x OneCup yang diperbuat daripada material ‘eco glass’.

Secara tak langsung, Tealive menjadi jenama bubble tea pertama di Malaysia yang berbuat sedemikian. 2 tumbler baharu ini adalah sebahagian daripada siri Tealive Eco dan boleh didapati bermula bulan Jun tahun ini.

Ramai warganet yang menyambut baik usaha yang dilakukan ini. Namun mereka juga gusar sekiranya harga minuman di Tealive akan meningkat sejajar dengan kos penghasilan tumbler

ini.

Satu lagi pertanyaan popular yang hadir daripada mereka adalah sekiranya Tealive akan memperkenalkan sistem diskaun bagi pelanggan yang membawa tumbler sendiri dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar.

Hhm, bagus juga kan cadangan yang diberikan. Bukan saja pelanggan boleh berjimat, REMAJA juga pasti jualan minuman mereka akan meningkat.

Jika minuman bubble tea bukan minuman kegemaran korang, apa kata cuba aiskrim Black Hojicha terbaru ni. Rasanya agak…

 

Published by
FZ