
Isi Kandungan
Toggle
Selamat hari raya Aidilfitri semua!
Walaupun musim Hari Raya tahun ini sedikit berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, namun kemeriahan tetap dapat dirasa.
Sejak semalam, golongan selebriti dan pempengaruh galak memuat naik OOTD raya masing-masing di media sosial. Jelas, ramai yang memilih tema pastel untuk baju raya pada sambutan hari pertama.
Jom lihat 10 OOTD pilihan Remaja ini, yang mana satu menjadi favourite korang?
Nabila Razali
Ameera Khan
Tyra Kamaruzzaman
Hanie Soraya
Sharifah Rose
Sweet Qismina
Janna Nick
Daiyan Trisha
Ally Mukhriz
Mira Filzah
NEXT READ: Minimal & Stylish, Lihat 8 Jenama Baju Raya Pilihan Kami
Zaki Yamani Nafi Ibu Larang Berjumpa Dengan Jamal Abdillah

Bila tiba hari raya sudah tentu kita ingin meraikan bersama keluarga tersayang, terutamanya ayah dan ibu. Namun, bagi keluarga yang telah berpisah mungkin ada sedikit kesukaran kerana tidak lagi tinggal sebumbung.
Baru-baru ini, anak kepada penyanyi lelaki terkenal Jamal Abdillah, Zaki Yamani telah membuat pengakuan bahawa dia sudah lama tidak menyambut hari lebaran bersama bapanya dan kali terakhir mereka beraya bersama adalah sekitar lapan tahun lalu.

Rentetan daripada hal itu, Jamal Abdillah telah memberitahu Mstar bahawa dia dihalang untuk bertemu dengan anaknya oleh bekas isteri, Fatimazatuzahra Samad selepas mereka berpisah. Walau bagaimanapun, Jamal dikatakan telah bertemu Zaki di rumah seorang kawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan menganggap ia adalah satu pertemuan yang penuh bermakna.
Namun begitu lain pula jadinya apabila Zaki telah memuat naik sebuah video menjelaskan bahawa ibunya tidak pernah menghalang dia bertemu dengan Jamal Abdillah, sebaliknya ayahya yang tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak membalas mesej Zaki.
“Berkenaan dengan isu mak saya halang ayah saya berjumpa saya sebenarnya itu adalah tidak benar. Jadi, untuk Baba kalau boleh berhentilah burukkan Mummy sebab bila Zaki sakit, dialah yang ada dengan Zaki dan jaga Zaki di hospital,”
“Baba boleh je jumpa Zaki sebenarnya, Baba janji nak jumpa haritu tapi tak jumpa. Zaki WhatsApp pun Baba tak balas, call tak jawab. Kalau boleh sudahlah berhenti burukkan ibu Zaki,”
Apa-apa pun diharap kemelut keluarga ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga mereka kembali bersatu pada hari raya Aidilfitri nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
6 Power Couple Selebriti Korea Yang Pernah Gemparkan Industri Hiburan

Isi Kandungan
ToggleTidak pelik sekiranya selebriti mencari pasangan yang juga merupakan seorang selebriti kerana kita semua sudah maklum bahawa pekerjaan yang dilakukan oleh mereka mungkin sahaja menImbulkan bibit-bibit cinta dek kerana bergelumang dalam industri yang sama.
Di negara kita, ramai juga selebriti yang memilih pasangan mereka dikalangan penggiat seni juga, termasuklah Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Fattah Amin dan Fazura serta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan bergelar dua sejoli ini bukan hanya sweet, malah peminat juga turut mengagumi #relationshipgoals mereka.
Hal ini juga berlaku pada selebriti luar negara yang turut memilih rakan selebriti menjadi pasangan mereka. Di Korea, ramai juga ‘power couple’ yang mendapat perhatian peminat. Jom kita lihat antara pasangan dua sejoli berikut:
1. Lee Kwang Soo & Lee Su Bin

Pelakon wanita yang merupakan bekas ahli kumpulan JQT bertemu dengan pelakon Running Man, Lee Kwang Soo pada tahun 2016 ketika mereka sama-sama membintangi rancangan reality itu. Dalam episode tersebut, watak tersebut mengatakan bahawa mereka akan berkahwin. Pada Disember 2018, hubungan mereka telah disahkan oleh pihak agensi.
2. Hyuna & Dawn

HyunA dan Dawn telah meneruskan kisah cinta mereka selama enam tahun dan setelah sekian lama, mereka kini tidak kisah berkongsi percintaan mereka secara terang-terangan kepada umum.
3. Kim Hee Chul Super Junior & Momo Twice

Perbezaan umur sebanyak 13 tahun tidak menghalang hubungan cinta bagi pasangan sweet ini. Mereka bertemu di set rancangan Knowing Brothers dan ketika Momo membintangi muzik video hit single dari Kim, Sweet Dream. Hubungan mereka menjadi lebih rapat.
4. Se7en & Lee Da Hae

Se7en dan Lee Da Hae mengesahkan hubungan mereka pada bulan September 2016 dan menjelaskan bahawa mereka telah berpacaran sejak setahun sebelumnya.
5. Hyun Bin & Son Ye Jin

Kisah cinta kapten Rin dan Yoon Se Ri dalam siri Crash Landing On You nampaknya menjadi kenyataan apabila pasangan senssasi ini mengumumkan bahawa mereka memang menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu. Ramai peminat turut berkongsi kegembiraan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.
6. Jennie Blackpink & G-Dragon Big Bang
Terbaru, Dispatch telah melaporkan bahawa ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan Jennie Blackpink dikatakan telah menjalin hubungan selama setahun. Menurut laporan mereka, Dispatch berkongsi bahawa mereka telah menyaksikan G-Dragon dan Jennie bertemu secara diam-diam. Kedua-dua selebriti itu sering bertemu di kediaman mereka.
Walau bagaimanapun, YG Entertainment menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi artis naungan mereka.
6 Jenis Kereta Yang Turun Harga Selepas SST

Isi Kandungan
ToggleBerita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497
2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300
3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750
4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980
5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800
6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888
Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian