Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Untuk info, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia dalam negara bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Tapi kalau rupanya kalau korang menebus ebelia ini di Shopee lagi untung kerana dapat ganjaran ekstra RM500!
Ini caranya:
1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
2.Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
3. Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
- Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
- Sahkan kad pengenalan korang. Mudah bukan?
Jika permohonan korang sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.
Dah dapat RM500 jangan lupa belanja penulis tau…hiks
Ini Cara Bagaimana 7 Bandar Seluruh Dunia Selesaikan Masalah Kesesakan Trafik Jalan Raya
Isi Kandungan
ToggleRamai mengeluh tentang trafik jalan raya di Lembah Klang yang dikatakan semakin teruk sejak kebelakangan ini. Malah, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyuarakan pendapatnya bahawa pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan-jalan di Lembah Klang.
BACA: Seruan CEO Untuk Ambil KTM Agar Jalan Tidak Lagi Sesak Undang ‘Backlash’ Warganet
Namun, kenyataan itu mendapat reaksi negatif daripada netizen kerana menganggap pengangkutan awam yang disediakan oleh mereka sering mendatangkan masalah dan tidak mengikut jadual.
Perkara seupama ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berwajib seharusnya mengambil tindakan dan inisiatif untuk menangangi masalah ini. Seperti yang telah dilakukan di negara-negara luar, mereka mempunyai strategi sendiri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Jom kita lihat bagaimana cara tujuh bandar utama di dunia menyelesaikan masalah kesesakan trafik jalan raya.
Stockholm, Sweden
Electronic Road Pricing
Negara ini mengenakan bayaran khas bagi kenderaan yang masuk ke dalam bandar pada hari bekerja dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Namun, pengecualian diberikan kepada bas, teksi, kenderaan eco-friendly, kenderaan kecemasan dan kenderaan yang keluar masuk dari Pulau Lidingo yang terpencil. Dalam dua tahun pertama, 25 peratus kenderaan berjaya dikurangkan berjumlah lebih 1,000,000 bilangan kenderaan sehari.
Kutipan yang diterima adalah sebanyak USD 300,000 sehari yang mana wang ini disalurkan semula untuk memperbaiki lagi trafik dan bina infra servis transit.
Barcelona, Sepanyol
Urban Lab-Dynamic Traffic Forecasting
Mereka menggunakan smart technologu untuk bandar mereka untuk mengawal trafik dan urus ruang parking. Kamera dan sensor diletakkan di jalanan dan kawasan parking. Jadi, data analytic real time untuk trafik dan parking akan dimasukkan dalam sistem WiFi bandar yang link kepada penduduk dan pihak berkuasa.
Kamera trafik pula dihubungkan dengan fiber optik, jadi real time data dapat digunakan untuk pihak berkuasa mengawal trafik.
London, England
Electronic Journey Planner
Online journey planner untuk kenderaan disediakan di ibu negara UK yang bukan sahaja boleh mencadangkan jalan untuk kenderaan bermotor, tetapi ia juga mempunyai pilihan lain seperti berjalan, tubes, bas, tren, bot dan basikal.
Perkara ini hanya akan berjaya jika semua operator sanggup berkongsi data mereka kepada umum. Kini, mereka sedang membangunkan sebuah versi mobile yang mempunyai GPS tracking untuk kenderaan awam, taxi booking dan real time traffic monitoring yang memberikan lebih banyak pilihan untuk masyarakat merancang perjalanan.
Hong Kong
Public Light Bus
Public Light Busses (PLB) atau bas mini adalah pelengkap kepada sistem bas standard Hong Kong kerana ia ‘sampai’ kepada bahagian bandar yang lebih susah untuk diakses. Hanya mempunyai 16 tempat duduk, bas mini ini sebenarnya lebih selesa, lebih laju dan lebih efisyen dengan kekerapan lebih tinggi.
Copenhagen, Denmark
Integrative Public Transport Model
Model public transport bersepadu Copenhagen melibatkan tiga komponen iaitu agensi, kompeni dan kerajaan. Sistem ini memberi kemudahan dalam pembelian tiket melalui aplikasi di smartphone atau SMS. Jadi, pengguna dapat menerima informasi lokasi, destinasi dan tiket dengan mudah.
Kemudahan ini memberikan fleksibiliti dan efficiency apabila menaiki dan menukar jenis kenderaan awam berdasarkan destinasi mereka. Kombinasi perhentian bas dan tempat parking basikal dengan stesen metro membolehkan integrasi sempurna dengan semua jenis pengangkutan awam di Copenhagen.
Sistem bas mereka juga menggunakan teknologi radio dan GPS yang memberikan laluan kepada bas di jalan utama, jadi masa perjalanan lebih singkat. Pengurangan jumlah penggunaan kereta telah menurunkan pelepasan CO2 sebanyak 83 peratus kerana kerajaan mereka menggalakkan rakyat berbasikat ke tempat kerja dengan membina integrated cycling facilities.
Hangzhou, China
Public Cycling System
Bandar Hangzhou ini memiliki program bike-sharing terbesar di dunia, ia mempunyai 67,000 basikal awam untuk digunakan, 3,000 pusat servis dan 230,000 pengguna servis ini setiap hari. Sistem ini sangat mudah, basikal boleh disewa dengan menggunakan smart card yang sama untuk pengangkutan awam lain.
Tokyo, Jepun
AI & ETC 2.0
Di Jepun, mereka menggunakan Al untuk melancarkan trafik mereka. Jumlah trafik dan pergerakan kenderaan dikumpul daripada kamera yang diletakkan di lebuh raya, persimpangan dan kawasan yang selalu berlakunya kesesakan.
Data ini juga lebih tepat dengan penggunaan alat ETC 2.0 (electronic toll collection) yang dipasang pada kenderaan. Alat ini memberi data kedudukan, kelajuan kereta dan kawasan mana yang pemandu banyak menggunakan brek.
Jadi, sebelum berlakunya kesesakan jalan raya, pihak yang bertanggungkawab boleh mengambil langkah awal dengan memanjangkan tempoh lampu hijau dan kawal kemasukan kenderaan ke kawasan sesak.
Mungkin di negara kita juga patut melakukan sesuatu bagi membanteras masalah ini daripada terus berlarutan.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Korang Tahu Tak Burj Khalifa Ada 3 Zon Berbuka Puasa Yang Berbeza?
Isi Kandungan
Toggle
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia.
Oleh kerana itu, satu fatwa yang dikeluarkan pada 2011 oleh mufti besar Dubai telah mengarahkan mereka yang berada di bangunan tersebut wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat bangunan.
Huh, kenapa pula macam tu?
Disebabkan bangunan Burj Khalifa tu terlampau tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat, iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding individu yang duduk di tingkat atas.
Zon berbuka yang berbeza
Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed Al Haddad menerangkan bahawa Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat dan disebabkan itu, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada tiga.
Tiga waktu tersebut bergantung pada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat dari tempat tinggal mereka. Selagi tidak melihat sendiri waktu matahari terbenam, mereka tidak boleh berbuka puasa.
Bagi siapa yang tinggal di tingkat bawah, iaitu 80 hingga 150 bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa dilambatkan selama dua minit daripada tingkat bawah.
Sama seperti solat Isyak yang harus dilambatkan dua minit juga. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan dua minit lebih awal daripada tingkat bawah.
Untuk mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas,iaitu pada ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan tiga minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Begitu juga dengan solat Isyak yang perlu dilambatkan sebanyak tiga minit dan solat subuh bermula tiga minit lebih awal.
Kenapa orang di tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal?
Umat Islam memulakan hari berpuasa bila sudah masuk waktu Subuh, iaitu apabila kelihatan ‘Fajar Sodiq’ yang merupakan cahaya putih agak terang menyebar di ufuk Timur, muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.
Dah tentulah orang yang ada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar Sodiq’ ini terlebih dahulu kerana mereka berada di tempat yang tinggi. Jadi, ini adalah sebab kenapa mereka perlu berpuasa lebih awal berbanding individu yang tinggal di tingkat bawah.
Rupa-rupanya ini yang berlaku kalau kita berada di tempat tinggi sangat kan. Kalau macam ni, kena la selalu alert dengan jadual waktu berbuka. Tak boleh suka-suka hati ikut orang lain, knowledge tu perlu ada.
Sekurang-kurangnya dengan penjelasan yang diberikan ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita sendiri.
Sumber: Root of Science
Serius Lucu, Seller Ini Jual Kata-Kata Semangat Dengan Harga Serendah 0.20 Sen Di Shopee
Masyarakat Malaysia ni memang benar-benar kreatif. Kenapa kami katakan sedemikian? Ada individu yang menjual kata-kata semangat di aplikasi Shopee dengan harga serendah 0.20 sen.
Ha, unik dan kreatif kan?
Seller yang dikenali sebagai alk_network ini telah menjual kata-kata semangat dan jangan korang tak percaya, ‘kata-kata semangat’ itu telah pun habis dijual.
Apa yang menariknya, seller itu juga ada meninggalkan kenyataan sebelum pelanggan membuat pesanan. Antara yang ditulis adalah seperti berikut:
• Jangan beli banyak-banyak. Beli satu dah cukup
• Sekiranya anda order lebih daripada satu, saya akan tetap memberi SATU. Dan duit lebihan anda itu, akan saya masuk ke tabung bantuan awam yang memerlukan
• Ini service ucapan yang buat anda “happy” sepanjang hari. JANGAN beli jika anda dah terlalu happy
• JANGAN MARAH saya sekiranya kata2 dan memes diberikan agak hambar(KEBANYAKKAN) kerana point utama saya hanya menjual KATA-KATA SEMANGAT sahaja
• Disini, Saya mengaku bahawa saya pakai memes yg ada di Internet. Dan Saya mengolah semula untuk memberi kata semangat untuk anda
• Service ini, hanya untuk Suka-suka sahaja. Amat Sesuai bagi mereka yang “tak tahu kat mana nak abiskan balance duit shopeepay”
• Sekiranya Saya tak balas chat, beerti saya sedang tidur/makan atau pergi kedai cari roti gardenia
• Jadi saya berharap anda tunggu sehingga saya balas chat ya
• Sekiranya anda mahu refund, beritahu saya. Saya akan pulangkan wang anda melalui TnGo E-WALLET anda
• Pepatah Main China mengatakan – “apa guna kalau tidak berbelanja duit baki yang ada, kalau tak menghabiskannya ke kedai ni”
Lebih menghiburkan, pelanggan turut bersikap ‘sporting’ dan meninggalkan komen lucu selepas membuat pembelian.
Macam-macam betul. Kami yang baca pun boleh tergelak. Disebabkan ramai yang stres sepanjang tempoh PKP, mungkin ini cara untuk menghiburkan orang lain. Lagi pun, seller tak paksa pun untuk korang beli, sekadar suka-suka.
Betul tak?