Tebus eBelia RM150, Shopee Bagi Ganjaran Ekstra RM500. Ini Caranya!

Share

Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.

Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.

Untuk info, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia dalam negara bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Tapi kalau rupanya kalau korang menebus ebelia ini di Shopee lagi untung kerana dapat ganjaran ekstra RM500!

Ini caranya:

1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
2.Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
3. Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
  • Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
  • Sahkan kad pengenalan korang. Mudah bukan?

 

Jika permohonan korang sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.

Dah dapat RM500 jangan lupa belanja penulis tau…hiks

Published by
Nana